Assalamualaikum...
Perasan tak sebelum ni saya suka share tentang kebaikan buah atau sayur. Dah beberapa hari saya dah tak share lagi mengenai perkara itu. OK...let's begin again. Hari ni satu lagi buah yang bagus untuk kita tahu khasiat yang ada di dalamnya iaitu RASPBERI
Buah raspberi terdiri daripada beberapa spesis dan antaranya adalah R.Idaeus, R.Arcticus, R.Crataegifolius dan R.Occidentalis. Buah raspberi boleh dinikmati segar, dalam bentuk buahan kering mahupun jus
Buah raspberi segar |
10 KEISTIMEWAAN RASPBERI
1. Buah raspberi merupakan sumber terbaik "ellagic acid" iaitu bahan aktif anti-karsinogen pencegah kanser.
2. Ia jiga merupakan sumber terbaik antioksidan polifenol, seperti pigmen antosianin yang membantu mengurangkan kesan penuaan, mengurangkan risiko diserang kanser dan juga penyakit jantung.
3. Buah ini juga sumber terbaik "salicylic acis" yang kuasanya sama dengan ubatan aspirin
4. Raspberi juga mengandungi sumber serat yang tinggi iaitu sekitar 30% bagi setiap 100gram. Kadar serat yang tinggi juga berupaya membantu menurunkan kadar kolestrol jahat (LDL)
5. Pengambilan satu cawan buah raspberi mengandungi 30mg vitamin C yang melengkapkan 50% dari keperluan vitamin C bagi setiap individu.
6. Raspberi juga melengkapkan keperluan asik-folik secara semulajadi kepada wanita hamil.
7. Buah ini juga baik dimakan sebagai pencegahan pada iritasi dan alahan kulit kerana ia kaya dengan bahan antiseptik dan anti-alahan semulajadi.
8. Selain itu ia juga kaya dengan kandungan "lutein" dan "zeaxanthin" yang baik untuk mata
9. Oleh kerana banyaknya kandungan antioksidan, vitamin C dan polifenol maka buah ini diberi nilai ORAC (Oxygen Radical Agsorbance Capacity)
10. Daun buah raspberi juga baik untuk kesihatan reproduktif wanita khususnya saat kehamilan.
** Menurut Susan Weed, pengarang buku "The Wise Woman Herbal for the Childbearing Year", amalkan minum teh raspberi sebelum dan sepanjang proses kehamilan. Ia membantu mempertingkatkan tahap kesuburan bagi lelaki dan wanita. Sewaktu kehamilan pula, amalan minum teh raspberi membantu mengurangkan rasa mual dan seterusnya membantu meredakan ketegangan perut yang dialami. **
Sumber: Majalah RAPI
Kalau anda berminat ingin mengetahui info lanjut boleh message no saya. InshaAllah saya akan bantu anda....
============================nak COD??
Dapatkan dari Ejen Shaklee Seri Kembangan/Serdang/Balakong/Jalan Raja Chulan hari ini.
Hubungi segera :
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
kat mana nak jumpa buah ni yang fresh ye?
ReplyDeleteSuplemen tambahan untuk anak elak jangkitan penyakit
kita selalu minum air yogurt perisa raspberi.. sedap.. yumm =D
ReplyDeleteRahsia Kecantikan Semulajadi