Showing posts with label GEMUK. Show all posts
Showing posts with label GEMUK. Show all posts

Tuesday, 10 March 2015

K.U.R.U.S ~> Kalau Untuk Rasa hebat, Ubah Sikap


Assalamualaikum...

Lamanya tak bersiaran....lamanya tak menulis...lamanya tak share sebarang cerita di sini...Kenapa??? SIBUK??? orang lain lebih sibuk barangkali...Tak cukup masa??? Setiap umat manusia diberi 24 jam sehari juga. Kerana itu
saya tiada jawapan untuk soalan di atas...hehehe

Semalam saya ke kelas "Kembara ASB 2015" anjuran Master Lyna Noh dari  I-Reach bertempat di Bangi. Kelas dari jam 9.00 - 1.00. Kelas berkisar tentang Strategi & Asas Marketing Offline, Online untuk Shaklee. Ada ilmu2 baru yang saya dapat pelajari sepanjang berada di kelas tersebut. Saya bukan nak bercerita tentang Kembara ASB 2015. Ada perkara lain yang saya share di sini.

Berakhir kelas, ada sessi bergambar beramai-ramai semua peserta yang menghadiri kelas berserta tenaga pengajar. Gambar untuk kenang-kenangan. Sebagai tanda kita dah hadiri kelas. Dah bergambar; bermulalah sesi meng'upload' dalam FB, Whatsapp dan Telegram. 
Haaa....di sini segalanya bermula...

"Dalam ramai-ramai tu ada 2 org yang saya tak cam..."


"Kak Lin ke tu??? Awat lain sangat??"


Agak-agak korang kenapa ler dorg ni wat statement tajam menikam gitu?? Dah mmg tak cam...sbb tu ler tanya kan... Apa yang berbeza sangat sampai tak kenal tu??? Dah buat face-lifted ke?? Atau lipo-suction?? Rebonding?? Bleaching??? Haahaahaa...Semua jawapan di atas adalah salah... Jawapan yang betul adalah...
Kak Lin dah GEMUK!!! 


************************************

Tipulah kalau tak terasa. Tipulah kalau tak terkesan dengan statement di atas. Dek kerana itu Kak Lin terasa macam nak buat sesuatu. Menanam 1 azam. Kalau dah gemuk tu, mestilah nak kurus kan... Setakat berazam tanpa tindakan pun tak jadi gak. Sebelum tu kak Lin dah buat 1 motto baru...hihihi...

K - Kalau

U - Untuk

R - Rasa HEBAT

U - Ubah

S - Sikap

Apa tindakan yang bakal Kak Lin lakukan??? Tungggguuuuu.... 
Kak Lin akan share lagi nanti..


Wassalam..






I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 


Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, 17 November 2014

MENGAPA KITA PERLU KURUS?




"Eleh, orang kurus tak semestinya sihat"
"Orang kurus pun ada yang kolestrol tinggi"
"Okla ni, gemuk pun sihat" 
"Berat badan terlebih pun, boleh buat itu ini. So kenapa perlu kurus?"


Pernah tak soalan tu muncul di fikiran bila kita sudah selesa dengan berat badan berlebihan? dan pelbagai lagi persoalan selesa untuk tempoh masa tersebut.

Bila selesa dengan berat badan yang begitu, bermaksud tabiat makan akan terus tidak sihat dan boleh menyebabkan berat lebih bertambah dan tidak mustahil akan dapat penyakit! Nak sakit?! Lebih baik cegah dan sihat. 




Ada juga yang pertikai, gemuk ke kurus ke sederhana ke semuanya sama je di sisi Allah. Memang ada betulnya, tiada beza kita semua ni di sisi-NYA. Tapi fikir pula gemuk akan buat kita malas, lambat, dan kurang produktif berbanding mereka yang sihat, cergas dan aktif. Jadi ibadah kita akan menjadi lebih sempurna apabila kita sihat. Logik kan?


Daripada Aisyah ra, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, GEMUK badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari)







Tapi kita mesti ingat sekiranya berat badan berlebihan, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolestrol darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus
Penyakit-penyakit ini semua datang bukan kerana kita gemuk tetapi potensi untuk dapat penyakit-penyakit itu lebih mudah berbanding yang berbadan sederhana besar.

Jadi, sebab itulah kenapa kita perlu kecilkan sikit badan kita...hehehe
(sopan sikit kot ayat ni..)

Jadi anda pilih! Mahu terus selesa kekenyangan atau menjaga kesihatan demi kesihatan?

Tepuk dada tanya selera..

Wassalam.




I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit