Tuesday, 21 April 2015

Hanya dengan 30 minit, untuk mendapatkan perut yang MANTAP


perut boroi

Assalamualaikum...

OMG!!! Seluar dah tak lepas nak butang!!!
Alamak!!Zip pun payah nie...
Arghh!!!Tensi nya...nak tunduk pun tak boleh...

Anda mengalami masalah di atas??? Bila tengok dicermin nampak bonggol bertingkek-tingkek?? Buruk bukan?? Nak tahu cara untuk menghilangkan spare-tyre tu?? Mudah sangat. Buat kat rumah sambil tengok tv pun boleh. Sambil layan anak-anak bermain pun boleh. Malah tak ambil masa yg lama pun. Hanya 30 minit...Tak percaya???

Pernah anda dengar SENAMAN PLANK? Senaman plank adalah senaman keseimbangan tubuh yang dilakukan di atas sekeping papan sebagai alas. Tapi sekarang ni kita dah ada tikar senaman yg jauh lebih lembut. So, kalau jatuh takde ler sakit sangat kan...

Basic senaman plank

 Tahukah anda Senaman Plank ini sesuai utk kaum wanita?


#1- membantu mempercepatkan proses menguruskan badan dan menegangkan otot-otot bahagian abdomen

#2- memperbaiki struktur badan

#3- membantu membentuk posture tubuh yang menarik

#4- mengempiskan perut dan bahagian abdomen

#5- senaman ini boleh dilakukan di mana-mana. Dalam rumah sambil tengok tv pun boleh

#6- tidak mengambil masa yang panjang

#7- boleh dilakukan pelbagai teknik mengikut kreativiti dan kemampuan diri-sendiri




Korg teringin nak mulakan senaman plank, lakukan mengikut kemampuan sendiri. Di sarankan sebagai permulaan, korg melakukan setiap teknik selama 30 saat hingga 1 minit. Setelah biasa, boleh menambah masa lebih lama untuk memberi impak yang lebih kepada bahagian perut dan abdomen.


Selain itu, korg perlu memastikan teknik pernafasan yang betul jugak. Sebab ia juga memainkan peranan dalam memastikan senaman plank ini berjaya dan memberi kesan terbaik. 

Dan 1 lagi, untuk menghasilkan keputusan yang optimum dan mempercepatkan proses inch loss, jangan sesekali lupakan magic powder dan juga teamix untuk meningkatkan metabolisma. Penting tau tingkatkan metabolisma ni dalam usaha mebuang lemak-lemak tepu!! 
Secara purata, kita boleh membakar sebanyak 110 kalori dengan melakukan senaman plank selama 30 minit.


TEKNIK-TEKNIK BASIC SENAMAN PLANK



 


 Agak-agak dah stabil...otot tangan dah kuat untuk tampung berat badan tu, try lah plak buat 30 hari Plank Challenge seperti di bawah ni. Selepas 30 hari, kompom stomach muscle dah muncul. Tak dapat 6 ketul pun, yang penting takde lah seketul yang menggelebeh...ye tak?? hehehe








Selamat mencuba sayang-sayang semua. Satu lagi TIPS saya lupa nak share. Senaman ni atau apa saja cara yang korg nak buat, mesti berterusan...jangan give-up...tekun...sabar... 
Pasti nanti akan membuahkan hasil. PERCAYALAH!!


Sampai bersua lagi...Assalamualaikum..

7 comments:

  1. Replies
    1. Tak susah pun...Buat elbow plank 10 saat pada hari pertama dan bertambah dari sehari ke sehari...pasti boleh. Percayalah.

      Delete
  2. fuhh nak buat plank ni memang kena ada kegigihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh mak jemah jual vitamin, bukan hanya plank, nak buat apa jua perlukan kegigihan...betul tak??

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Plank nih antara fav cardio exercise sy. Pasang plak lagu fav. 1minit tuh dpt la btahan. Hahaaha 😂😂😂. Semangat kne kuat

    ReplyDelete
  5. Plank nih antara fav cardio exercise sy. Pasang plak lagu fav. 1minit tuh dpt la btahan. Hahaaha 😂😂😂. Semangat kne kuat

    ReplyDelete