Saturday 6 December 2014

Kenapa kita perlu mengambil Vitamin C secara konsisten?






TAHUKAH ANDA??


Tubuh kita memerlukan pengambilan Vitamin C setiap hari kerana sifat Vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan Vitamin C. Vitamin Chanya ada dalam darah selama 12 jam sahaja dan dalam tempoh tersebut Vitamin C akan bekerja dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anda yang mana Vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu, pengambilan harian Vitamin C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka dan membaiki serta memelihara struktur tulang dan gigi.


Kajian menunjukkan, tubuh kita memerlukan 500mg Vitamin C setiap hari untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan Vitamin C setiap hari kerana tubuh kita tidak menghasilkan Vitamin C. Vitamin C sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, kita memerlukan Vitamin C sama ada melalui makanan atau supplement.


MENGAPA KITA PERLU MENGAMBIL VITAMIN C

  • Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
  • Tubuh kita akan kehilangan vitamin C  semasa melakukan aktiviti harian.
  • Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
  • Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
  • Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.

KESAN PENGAMBILAN VITAMIN C SHAKLEE DARI SEGI KECANTIKAN 

  • Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
  • Mencerahkan kulit.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.

KESAN PENGAMBILAN VITAMIN C SHAKLEE DARI SEGI KESIHATAN 

  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
  • Mengatasi masalah gusi berdarah.


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
 SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment:

  1. vitamin C memang diperlukan badan. ia larut air dan dibuang melalui air kecil. so kena make sure cukup keperluan harian

    Khasiat Teh Jasmin Dalam Teh Hijau

    ReplyDelete