Wednesday 10 June 2015

YANG MANA SATUKAH BENTUK BADAN ANDA

 

Assalamualaikum...

Dah lama tak jenguk blog ni...Alasan paling simple; kekangan masa...kononnya...Gitulah kalau dah berhenti kan..kan..kan...Nak mulakan balik; memang susah. So, hari ni akan dipastikan keberhasilan 1 entry. Biarpun ceritanya mungkin sempoi sangat...tak kisah ler kan...nak amik mood dulu.

Kat opis hari ni dok cerita pasal GEMUK. Hohohoho...sensitif woo....boleh bikin sentap!! Since itu tajuk kat opis, meh kita sambung kat sini plak. Korang tau tak yang gemuk ni ada 2 kategori yg common. Haaaa....tak tau ler tu...Korg tengok gambar kat bawah ni dan analisis diri sendiri. Agak-agak korg dari kategori mana satu??

 


BENTUK EPAL

Kalau korg perhatikan bentuk badan kat cermin dan korg rasa bahagian paling besar ialah bahagian abdominal (pinggang & perut) ~ macam ada spare-tyre gitu, tu tandanya korg dalam kategori bentuk badan epal. Mereka yang berbentuk badan epal mempunyai bahagian badan yang lebih besar di atas dan kecil di bawah.

BENTUK PEAR

Satu lagi bentuk yang common adalah bentuk pear. Dikatakan seperti pear kerana bentuk badan yang kecil di atas dan ‘kembang’ di bawah.
'Kembang'nya dibahagian bawah itu kerana lemak di dalam badan berkumpul di peha dan punggung. 


*******************************

Haaa...kat atas tu cerita bentuk badan bagi kategori gemuk. Ni ada satu lg bentuk yg menjadi idaman wanita seluruh dunia tapi malangnya, mengikut statistik hanya 8% sahaja wanita di dunia ini yang dikurniakan dengan bentuk badan sebegitu. Agak-agak ler, korg termasuk dalam kategori 8% tu ke??

BENTUK HOURGLASS

Wanita-wanita seperti Saloma dan Marilyn Monroe adalah yang di antara wanita yang mempunyai bentuk badan hourglass. Ukuran dada dan punggung yang seimbang dengan pinggang yang ramping memang menjadi idaman setiap wanita kerana bentuk badan sebegini dianggap bentuk badan yang sempurna bagi seorang wanita.Wanita bertuah yang memiliki bentuk badan sebegini biasanya mempunyai ukuran dada dan punggung yang lebih kurang sama.Ukuran pinggang pula biasanya 9 inci lebih kecil daripada dada.





3 kat atas ni adalah bentuk-bentuk tubuh yang biasa ada pada setiap wanita. Tapi sebenarnya ada banyak lagi kategori-kategori bentuk badan ada pada wanita. Meh kita check badan masing-masing. Yang mana satu kita ni ekk??



RISIKO PENYAKIT

Menurut satu analisis yang dilakukan oleh Dr. Ashwell, seorang bekas penasihat kerajaan di UK, oleh kerana bentuk badan epal mempunyai banyak lemak ‘visceral’, keadaan ini meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan gangguan hormon. Risiko masalah jantung dan kencing manis juga meningkat.

Bagi yang berbentuk pear pula, mereka dikatakan mempunyai kurang risiko penyakit bahaya dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding yang berbentuk epal. Tapi, yang sedihnya pula, bagi yang bentuk pear bila dah kurus pun nanti, bentuk badan tetap 'menten' dengan pear nya. Takpe lah kot...janji ukur lilitnya berkurangan...hehehe
(psst...korg nak tau tak....org yg badan bentuk pear ni, bila berkebaya mmg meletop tau!!)

*************************************

Okey itu dulu cerita untuk hari ni. Nanti kita share plak tips dan cara nak kuruskan badan, tips diet, tips berpakaian dan apa saja yang difikirkan sesuai nanti. Stay tune kay. 

Salam sayang, salam hormat dari Kak Lyn...

0 comments:

Post a Comment