Wednesday 29 October 2014

BUASIR: ADAKAH IA BAHAYA??

APA ITU BUASIR??


Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.





JENIS-JENIS BUASIR


Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran

  • Buasir Dalaman:
  • Buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.

Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.


  • Buasir Luaran:
  • Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.
    Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.



Kebiasaan tanda-tanda awal berlaku sewaktu kita meneran ataupun bila memberi tekanan semasa membuang air besar. Sehinggakan merasa sangat sakit kalau nak keluar. Jadi, buasir ni adalah pembengkakan sel-sel yang melapisi saluran dubur itu. Jadi, bila ia sudah
membengkak, najis nak keluar akan bergesel dengan buasir ni, jadi, memang sakit dan perit yg amat sangat.

Penyakit buasir ni ada 4 peringkat, jika ada tanda-tanda macam kat bawah ni, boleh jumpa Doktor cepat-cepat untuk mengelakkan berlarutan ;



Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.

Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la tolak guna jari,memang sakitlah sikit.sebaiknya gunakan Minyak But but  keluaran HPA dan lain- lain.

Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu  dibedah kalau dah macam nie.




ANTARA PENYEBAB UTAMA MASALAH BUASIR


  • Sentiasa duduk
  • Kerap meneran semasa membuang air besar
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang kuat
  • Mengangkat benda berat
  • Bersalin
  • Amalan seks melalui dubur.

ANDA BERPOTENSI SEKIRANYA


  • Dalam keluarga ada keturunan masalah buasir
  • Mengalami batuk berpanjangan dan kuat
  • Meneran merupakan sebab yang paling biasa untuk mendapat buasir

Sekiranya anda mempunyai tanda tanda seperti di atas, lebih baik mencegah dari berubat. Terdapat banyak ubat buasir di pasaran. Yang paling biasa digunakan ialah ubat untuk membantu pengecutan buasir seperti Daflon, ubat tahan sakit serta ubat suppository (anucare) untuk dimasukkan ke dubur.
Ubat hanya bertujuan untuk mengurangi gejala buasir itu sahaja. Kaedah lain yang biasa dicuba antaranya adalah rendam dengan air suam  selama 10 minit, penggunaan krim hemorrhoid atau ubat suppository (anucare) ke kawasan yang terkena buasir selama waktu waktu tertentu.

Dan yang lebih buruk, buasir yang terpaksa menjalani pembedahan untuk pulih. Selalunya, sehingga sampai ke tahap ini, selepas pembedahan pun keadaan tidak akan kembali seperti normal. Pasti rasa tidak selesa akan menghantui seumur hidup.

Buasir boleh menyerang tidak kira lelaki atau perempuan. Jadi, apa yang penting adalah menjaga kesihatan diri, kebersihan diri. 

Berminat untuk mengetahui supplement MENCEGAH BUASIR???







******these statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intend to diagnose, treat, cure or prevent any disease****** ~>Hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke no 0123769117 atau ~~>Email ke lindegreat@hotmail.com untuk maklumat lanjut.

0 comments:

Post a Comment