Sunday 12 October 2014

PERGI TAK KEMBALI



Semalam selesai majlis tahlil untuk arwah Dini anjuran Mortgage Dept. Alhamdullillah. Ramai juga yang hadir. Penuh ler umah. Makanan yang orang sedekah pun banyak sangat. Siap kena paksa tapau bawak balik...hehehe

Throwback: Arwah Dinie meninggal 2 hari raya Aidil Adha 2014. Memang satu kejutan buat kitorang kat office. Mana tak nya... Arwah tak sakit. Malah hari Jumaat sblm cuti raya arwah masih bekerja. Rutin yang sama...turun baik monorel. Termengah-mengah sampai opis. Baju basah dek peluh. 

Mengikut cerita mak arwah, maghrib hari Sabtu sblm raya tu, arwah mengadu sakit kepala yang amat. Macam nak pecah katanya. Lepas tu arwah muntah. Kemudian arwah baring sebab dah tak larat sangat. Kemudian, masuk hospital dan terus tak sedar dah...Dan akhirnya jam 1.45am 6/10/14 arwah kembali kepada Sang Penciptanya. Pergi tak kembali..

Mudah  sangat perginya arwah. Terkejut kitorg satu office. Mau tak terkejut... hari Jumaat sblm cuti raya, arwah masih bekerja macam biasa. Gurau pun sama jer. Tup2 kecoh kat wassap dan Fb kata arwah tenat. Dah ler masing-masing sibuk balik kampung beraya. Kawan2 yang mana still kat KL pakat2 gi melawat. Yang kat kampung tunggu update jer...Tunggu punya tunggu akhirnya dapat berita arwah dah takde. Menggigil seluruh badan baca msg tu. Nangis... huwaaa....


....................................................................................


Seminggu berlalu...to be frank, aku masih tak cayer arwah dah takde. Serious... Macam ternampak2 jer kelibat arwah di mana2. Maklumlah, pagi2 jumpa kat lrt Sg Besi. Ptg kat monorel. Dah tu satu department pulak..

REALLY MISS HER!!!! (tears)

Aku ngan dia dr BSNC lg...tahun 1999 lg kitorg sama department. Lama tu...15 tahun. Bukan sikit kenangan tercipta...huhuhu..

Kita RINDU awak lah Dinie...(tears)




Gambar2 kenangan dgn arwah

Hari raya gathering MOCR

BSNC Jln Bonus Branch
...................................................................

Kini segalanya tinggal kenangan. Damailah awak di sana. 
Kita akan tetap merindui awak...

~Al-fatihah~

******these statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intend to diagnose, treat, cure or prevent any disease****** ~>Hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke no 0123769117 atau ~~>Email ke lindegreat@hotmail.com untuk maklumat lanjut.

1 comment: