Saturday 18 October 2014

MANFAAT KANGKUNG YANG PERLU ANDA TAHU


Assalamualaikum wbt

Kalau smlm sy ajak makan oat yang sesuai utk breakfast, hari ni sy nk ajak makan kangkung pulak. Menu tgh hari tadi; Kangkung Goreng Belacan...so yummy so delicious!! 
Simple but yet so nice to eat with nasi panas...perghhh!!!!

RESEPI: KANGKUNG GORENG BELACAN

1 ikat kangkung
5 biji bwg merah
3 biji bwg putih
belacan >< 1 inchi
2 biji lada besar
5 biji cili api
Sedikit air
garam & gula (secukup rasa)

Cara2: Bawang merah, bwg putih, belacan, lada besar, cil api di tumbuk . Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yg ditumbuk tadi. Setelah pecah minyak dan naik bau, masukkan air dan kangkung. masukkan garam dan gula. Masak 2-3 minit sehingga kangkung layu.

Tadaa... DAH SIAP..

kangkung goreng
Kangkung goreng belacan

SEKILAS PANDANG MENGENAI KANGKUNG


KANGKUNG DARAT DAN KANGKUNG AIR
Kangkung darat & Kangkung air

Kangkung adalah sejenis sayuran hijau yang mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan. Nama saintifiknya ialah 'Ipomoea Aquatica'. Kangkung terdiri dari 2 jenis iaitu kangkung darat dan kangkung air. Perbezaan diantara kangkung darat dan kangkung air ialah kangkung darat berbunga putih bersih, berdaun kecil, berbatang putih kehijauan dan lebih banyak biji. Kangkung air pula berbunga putih kemerahan, berdaun lebar, menjalar, berbatang hijau dan bijinya pula agak sedikit.

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN KANGKUNG


  • Anti racun
  • Anti toksid
  • Anti radang
  • Membantu merawat masalah kencing atau diuretik
  • Membantu menghentikan pendarahan hemostatik
  • Sebagai ubat tidur
  • Menyejuk dan menenangkan tubuh



ZAT-ZAT YANG TERKANDUNG DALAM KANGKUNG


  • Vitamin A
  • Vitamin B1
  • Vitamin C
  • Protein
  • Kalsium
  • Fosforus
  • Zat besi
  • Karoten
  • Asid amino



Banyak rupanya khasiat dan manfaat yang diperoleh dari kangkung. Cuma masa dalam pantang, orang tua-tua tak bagi makan makanan yang bersifat menjalar. Sejuk katanya. Takut jugak kan. So, ikut jer lah. Buatnya betul; diri-sendiri yang merana. Lagi haru...


Ok. Next time kita share info psl sayur yang lain pulak...tengok menu nanti yer..hihi

Wassalam.

=========================
Ingin dapatkan supplement Shaklee??

Dapatkan dari Ejen Shaklee Seri Kembangan/Serdang/Balakong/Jalan Raja Chulan hari ini.

Hubungi segera :     SID Azlin Jaafar (947971)
                                Whatsapp/Telegram/We Chat: 012-3769117
                                FB : Azlin Jaafar
                                Page : Superb Nutrition

====================

Dapatkan penjimatan hebat product Shaklee sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli shaklee!


******these statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intend to diagnose, treat, cure or prevent any disease****** ~>Hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke no 0123769117 atau ~~>Email ke lindegreat@hotmail.com untuk maklumat lanjut.

1 comment: