Showing posts with label kebaikan beras perang. Show all posts
Showing posts with label kebaikan beras perang. Show all posts

Wednesday, 12 November 2014

KHASIAT BERAS PERANG YANG PERLU ANDA AMBIL TAHU

 


Assalamualaikum...

Hari ni memang tak tau nak share pasal apa...Dok fikir pun macam buntu jer. So, bukak ler majalah yang ada kat bawah meja opis ni. Taa..daa...yezza... Ada sesuatu yang menarik di sini. Yang boleh saya share bersama. Selama ni saya pernah dengar tapi tidak secara terperinci. Ayuh!! Sama-sama tambah ilmu. Semoga bermanfaat terutama untuk yang ingin berdiet.

APA ITU BERAS PERANG??


Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Apa yang membezakan keduanya adalah proses yang dilakukan selepas tuaian. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses pengilatan atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika penghasilan beras putih, lapisan dedak itu dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakkan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.
proses pembuatan beras
 
Beras perang dikatakan dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal. Satu kajian yang dilakukan oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya akan memiliki berat badan yang lebih langsing berbanding wanita yang mengambil diet beras putih.


KHASIAT BERAS PERANG


~> mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih

~> dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan

~> juga dapat membantu mengurangi penyakit kencing manis jenis kedua kerana kandungan gula dan karbohidratnya yang rendah berbanding beras putih

~> kandungan protein beras perang lebih tinggi pada nisbah 8.2g : 6.8g

~> nilai karbohidrat beras perang lebih rendah berbanding beras putih dengan nisbah 75.7g : 78.9g

~> mengandungi vitamin B1,B2,B6, zat besi, dan fosfat

~> baik untuk wanita menopous (menjaga jantung dan darah tinggi)

~> kandungan selenium dan serat yang baik penting untuk sistem penghadaman serta sebagai anti-kanser
     
* Satu cawan beras perang dapat membantu membekalkan kira-kira 14% keperluan serat berbanding 11% di dalam beras putih

* Satu cawan beras perang mampu membekalkan 88% keperluan magnesium harian yang diperlukan oleh tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolestrol badan selain penghasilan hormon seks.

Walau bagaimanapun dari segi RASA dan BAU, ramai yang tidak menggemari beras perang. Rasanya dikatakan kurang enak berbanding beras putih dan teksturnya juga sedikit keras dan berbiji-biji.

**********************

Perghh...punya banyak khasiat yang terkandung dalam beras perang. Patut ler mahal berbanding dengan beras putih. Boleh ler kita cuba kot. Tapi bila terkenangkan harganya, tapi rasa tak enak...takut tak termakan pulak kan... Membazir pulak nanti... So...fikir panjang siapa yang nak mencuba okey!!

Wassalam...
 
 
 

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit