Sunday 30 November 2014

MAKAN TAK KENYANG, TIDUR TAK LENA





Assalamualaikum...

Hari ni 30/11/14...hari penuh debaran untuk para SID. Hari closing...segala macam perasaan timbul. Tak senang duduk dibuatnya. Seyes...serba-serbi tak kena dibuatnya...makan tak kenyang...malah takde rasa macam nak makan pun...huhuhu..Haru seh!!

So, hari ni takmo buat yang serious sangat. Nak santai-santai jer. Nak hilangkan rasa gemuruh uolls. Harap-harap korg pun senyum wp tak dapat nak gelak besar...

ISTERI YANG PEKAK

Seorang lelaki menemui doktor kerana risaukan isterinya yang tidak boleh mendengar dengan baik seperti dulu. Dia merasakan si isteri mungkin memerlukan alat bantuan pendengaran. 
Doktor mengesyorkan untuk mencuba satu ujian bagi mengesahkan jika si isteri benar-benar mempunyai masalah pendengaran.

"Awak buat macam ni. Berdiri dengan jarak 40 kaki di belakang isteri, dan tanyakan soalan dengan nada biasa, Tengok dia boleh dengar atau tidak. Kalau dia tak dengar, awak dekatkan lagi jarak, 30 kaki, 20 kaki dan seterusnya. Sampai awak dapat respons daripada isteri,"terang doktor panjang lebar.

Petang itu si suami memulakan "misi" untuk menguji. Isterinya sedang sibuk memasak di dapur. Lalu dari jarak 40 kaki, dia bertanya kepada isterinya. "Sayang, malam ni sayang masak apa?"
Tiada respons. Dia berjalan lebih dekat kepada isterinya. Pada jarak 30 kaki, dia bertanyakan soalan yang sama. Masih tiada jawapan.

Dia semakin yakin isterinya ada masalah pendengaran. Dia dekatkan lagi jaraknya. Pada jarak 20 kaki, sekali lagi dia bertanya, "Sayang, masak apa?" pun tiada jawapan. Di jarak 10 kaki di belakang isterinya, dia bertanyakan soalan yang sama lagi. Senyap. Sepi tanpa jawapan.

Akhirnya, si suami datang betul-betul di belakang isterinya sebelum bertanyakan soalan yang sama buat kali kelima. "Sayang, malam ni masak apa?" "Abang! Dah 5 kali saya jawab. Ayam masak lemak cili api!"

**********************
hihihi...
Korang ok tak?? Mampu tergelak?? Kalau boleh, baguslah. 
Jangan tensi-tensi ok. Keep on smiling yer.
HAPPY CLOSING.

Wassalam.

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
 
AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday 29 November 2014

Happy birthday my little boy Izzul Faiz Nazmi



Hari ini 29/11/2014 genap Nazmi berumur 2 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Macam tak percaya jer. So, teringin nak meraikan baby nan seorg ni. Tak buat besar-besaran pun. Buat secara kecil kecilan jer.Ajak budak-budak jer. Sebab biasa dorg yang memeriahkan suasana.By the way meriah jugak la dengan suara budak budak ni.Comel - comel ajer semua.Oder pizza 5 kotak.2 extra large and 3 large.Fuhh makan pizza sampai pengsan.Muak terus makan pizza.Kek pulak oder dari Dapur Kak Zu. Slalunyer birthday anak oder kat kak zu lah.Sedap; malah ramai yang menggemarinya. Selain tu saya ada jugak buat agar - agar roti marble.Sedap!!!! Dari orang tua sampai ke budak semua sporting belaka.Cayalah! Walaupun sikit jerr orang tapi.....meriahnye  rasa macam ada 10 buah keluarga yang datang.

chocolate moist with ganache

5 kotak Domino's pizza pelbagai rasa

Birthday boy yg berbaju biru

Antara yang memeriahkan majlis

Tak sabar nk tiup lilin

say peace..


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor

AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday 28 November 2014

JOM MAIN MASAK-MASAK~#4 Agar -Agar Roti Marble

 ok hye assalammualaikum semua.Semua sihat??Okey harini saya nak kongsi macam mana nak buat Agar -Agar Roti Marble. Nak tahu Tak ???Kalau nak cerr baca entri kali ni.

Agar-agar roti marble 

 Apa yang diperlukan 


6 keping roti ]
1 tin susu cair] 
6 sb susu manis ]BLENDER 
4 sb gula pasir]
2 biji telur]
1/2 st esen vanila ]
 1 bungkus kecil agar agar tali 
5 cawan air 
5 jenis  pewarna 
3 sb milo 

CARA -CARANYA 


-masak agar2 hingga larut 

-blender bhn bertanda hingga hancur 

-masuk dalam periuk agar2 & masak hingga mendidih

-matikan api & asing dalam 4 mangkuk berasingan 

-warnakan ikut suka 

-selang seli warna dalam loyang 

-sejukkan dalam peti ais sebelum dimakan 




I'm Your SHAKLEE Independant Distributor AZLIN BINTI JAAFAR ID No. 947971 SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 27 November 2014

PETUA DARI DAPUR



Assalamualaikum..

Hari ni sekali lagi kita baca petua orang-orang lama yang masih relevan untuk digunapakai sekarang. Bahan-bahan terdiri dari barang yang boleh didapati dari ruang dapur sendiri. Jom kita rikki...

Asam Keping Lembutkan Daging 

Bagi memastikan hidangan daging tidak liat, lebih empuk dan lembut, masukkan beberapa asam keping ke dalam air rebusan daging. Biarkan sehingga kering dan perap semalaman. Kemudian, masak mengikut selera anda.





Hilangkan Kesan Kotoran pada papan Pemotong


Bagi membersihkan papan pemotong, perahkan  sebiji limau nipis bersama garam di atas permukaan papan pemotong. Biarkan selama 10 minit -15 minit. Kemudian, bilas dengan air dan sental dengan dawai pencuci. Papan pemotong kembali bersih dan segala kotoran hilang.



Daging Kambing Tidak Hamis Lagi 


Atasi masaalah bau hamis daging kambing dengan mengambil beberapa pucuk daun jambu .Ramas bersama -sama daging dan tos.Kemudian,basuh daging menggunakan air bersih .Untuk lebih berkesan ,perapkan daging kambing bersama halia dan beberapa ulas bawang bawang putih yang telah ditumbuk .




Kurang Lendir Bendi 


Rebus bendi di dalam air mendidih tanpa memotong bendi terlebih dahulu . Apabila Bendi menjadi  lembut ,keluarkan bendi dari air rebusan  dan tos seketika. Panaskan kuali dan tumiskan bahan masakkan. Akhir sekali masukkan bendi 




I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971
 SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
 Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday 26 November 2014

TIPS MENGATASI MASALAH ANGIN


Semalam dah share pasal kebaikan Peppermint Ginger Plus Shaklee, hari ni nak share pulak herba-herba yang terdapat dalamnya. Herba-herba ini juga mempunyai khasiat yang tersendiri yang baik untuk kita semua. Jom rikki..

4 herba yang terdapat dalam Peppermint Ginger Plus Shaklee dan khasiatnya :)

Herba #1 : Daun Pudina

peppermint shaklee

  • Membantu dalam proses penghadaman
  • Membantu mengurangkan loya ibu hamil atau morning sickness
  • Untuk pesakit gastrik ianya membantu mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit
  • Membantu mengurangkan kesan sampingan daripada kemoterapi (pesakit kebiasaannya akan muntah dan hilang selera makan)
  • Merangsang pengeluaran peluh agar badan lebih cerdas
  • Membantu menajamkan pemikiran untuk lebih fokus


Herba #2 : Halia

ginger shaklee

  • Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
  • Melegakan ketidakselesaan perut / sakit perut
  • Mengurangkan senggugut
  • Membantu mengurangkan loya ibu hamil atau morning sickness 



Herba #3 : Fennal (Pokok Adas)

    pokok adas
  • Membantu menghilang kembung perut
  • Melegakan kesakitan perut
  • Membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus





Herba #4 Anise 

cekur manis


  • Melegakan masalah pencernaan
  • Mengurangkan senggugut
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan
  • Bagus untuk peredaran tenaga di dalam badan



Bila baca mengenai herba-herba ni, mesti korang kenal setiap satunya kan? Malah, ia sentiasa ada di ruang dapur rumah kita. Siapa sangka kan?? Mari kita baca lak testimoni-testimoni mereka yang mengamalkan  Peppermint Ginger Plus Shaklee.


masalah gastrik selesai



sakit pinggang akibat angin hilang



atasi morning sickness dgn G/peppermint

Mereka di atas adalah yang berpuashati dengan Peppermint Ginger Plus. Jika anda berminat, sila hubungi..

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
 
AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 25 November 2014

Cara mengatasi masalah loya, sebu perut dan angin dalam badan


Ramai ibu hamil menghadapi masalah loya, sebu perut dan muntah-muntah. Itu memang normal pada awal-awal trimester tapi memang kadang-kadang boleh surrender jugak dek penat berkejar ke tandas. Bila muntah, rasa nak putus segala urat perut. Dek masalah ini semualah, ibu hamil mula takut nak makan dan membawa kepada masalah angin. Bila dah berangin ni, minyak panas confirm lah tak boleh sapu kat perut kan?? So, macam mana nak atasi masalah angin dan loya ini?? Alhamdulillah Shaklee ada supplement yang membantu mengurangkan masalah ni iaitu Peppermint Ginger Plus Shaklee

Apa itu Peppermint Ginger Plus Shaklee?

Peppermint Ginger Plus Shaklee dihasilkan daripada gabungan halia, cekur manis, daun pudina dan daun adas.  Jom kita baca sikit apa 

Fungsi Peppermint Ginger Plus

  1. melegakan otot perut
  2. berfungsi sebagai penenang kepada perut sebu
  3. membantu masalah penghadaman
  4. mengurangkan masalah mabuk laut/darat
  5. melegakan ketidakselesaan perut akibat salah makan
  6. menghalang muntah selepas pembedahan
  7. melegakan sakit perut dan gejala flu
  8. melegakan masalah pencernaan
  9. memberikan peredaran tenaga kepada badan dalam badan dan perut.
  10. menghilangkan masalah kembung perut

Berita baik untuk Ibu Hamil: kini masalah morning sickness boleh dikurangkan/diatasi dengan Peppermint Ginger Plus

Nak dapatkan Peppermint Ginger Plus anda, boleh hubungi 

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR ID 
No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday 24 November 2014

PENAWAR DARI DAPUR ANDA


Assalamualaikum.

Hari ni saya nak share sikit penawar-penawar penyakit yang boleh kita dapati dari dapur. Barang-barang ini biasanya memang ada di dapur-dapur kita. Cuma, mungkin kita tak tau kegunaan/kelebihan yang boleh kita dapati dari nya selain sebagai penyedap dalam masakan. Khasiatnya bukan calang-calang juga. Lepas dah tau ni, bolehlah kita amalkan selalu memakannya kan...


BAWANG PUTIH KURANGKAN KOLESTROL


  • Bawang putih (Allium sativum) adalah herba semusim berumpun yang mempunyai ketinggian sekitar 60cm. Lebih dari 12 kajian telah menunjukkan bawang putih mampu menurunkan kolestrol dalam badan. Salah satu kajian dari terbitan The Journal of The Royal College of Physicians oleh Silagy CS dan Neil HAW pada tahun 1994 turut membuktikan bawang putih merupakan agen untuk mengurangkan lemak. Suplement bawang putih merupakan bahagian terpenting dalam penyembuhan kolestrol tinggi. Menurut kajian tersebut juga, secara keseluruhan sebanyak 12% penurunan kolestrol dapat dikurangkan dalam tubuh manusia.

KUNYIT AGEN ANTIBAKTERIA

  • Tahukah anda, di Asia Selatan kunyit digunakan sebagai antiseptik untuk luka? Ia juga digunakan sebagai agen antibakteria. Di beberapa negara Asia, kunyit turut diambil sebagai supplement makanan yang dipercayai dapat membantu melegakan masalah perut dan penyakit lain. Masyarakat di Pakistan pula menggunakannya sebagai agen antiinflamasi dan ubat untuk ketidakselesaan pencernaan berkaitan dengan sindrom kerengsaan usus dan gangguan pencernaan lain. 


PEGAGA LEGAKAN TEKANAN

  • Centella asiatica/hydocotyle asiatica/hydocotyle asiatica atau lebih dikenali dengan nama PEGAGA merupakan antara ulaman yang cukup popular dikalangan penggemar ulam.Dahulu kala, pokok pegaga ini dimakan oleh penduduk India dengan tujuan untuk memanjangkan umur. Ini kerana, menurut kajian pegaga mampu ,emgembalikan kesihatan diri dan dapat membantu mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan selain meningkatkan tindak balas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Selain itu, pegaga juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk dan melambatkan proses penuaan.


SOS TOMATO DAN KANSER 

  • Jom sekali-sekali kita ubah selera dari sos cili kepada sos tomato pula. Mungkin anda tidak sedar sos tomato sebenarnya mempunyai ramuan berkhasiat yang dipanggil likopen. Likopen berfungsi sebagai antioksidan yang kuat hingga mampu mengurangkan risiko kanser prostat, esophageal dan kanser payudara. Selain tomato, likopen juga boleh ditemui dalam buah betik, jambu batu merah dan anggur merah.

Betulkan?? Semua bahan ni sentiasa ada di dalam dapur kita. So, lepas ni bolehlah sentiasa amalkan memakan sumber makanan di atas. Sekurang-kurangnya kita dapat mengelak dari mudah diserang sebarang penyakit. Kan MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI?? 

Wallhualam...

Sumber: iSIHAT




I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday 23 November 2014

SEKITAR AFFIN BANK CENTRAL REGION ANNUAL DINNER 2014


Assalamualaikum..

Hari ni nak bercerita perihal peristiwa yang berlaku semalam iaitu Annual Dinner 2014 Affin Bank Berhad yang berlangsung di Sunway Piramid Convention Centre. Tema untuk tahun ni adalah Movies and Musicals. Sporting juga staf-staf Affin ni. Ramai juga yang datang mengikut tema yang diberi. Walaupun ada yang hadir tidak mengikut tema, tp dorg tetap melaram habiss.


Banner yang sambut kami

Pengacara malam ni adalah Zainal Alam. Mulut Zainal ni memang tak reti berhenti bercakap. Memanjang pot pet..pot pet. Sesuai ler dia dipanggil menjadi pengacara majlis.

Selepas kehadiran Vvip, majlis dimulakan dengan persembahan oleh staf-staf Affin sendiri. Ada yang menyanyi, menari dan membuat sketsa. Serentak dengan itu, setiap meja dihidangkan dengan makanan2 yang enak. Selain dari itu, acara cabutan bertuah juga dimulakan.


Tema malam ini

Di awal kehadiran, rupanya ada mata-mata gelap berlegar di luar kawasan convention centre. Tugas mereka ialah memerhati dan mencari calon-calon BEST DRESSED untuk lelaki dan perempuan. 

Ada kriteria yang disediakan antaranya effort, creativity etc.



2 gambar di atas adalah sebahagian rakan-rakan pejabat yang hadir. Walau lelaki, tetap sporting nak ikut tema. Macam tu barulah CHILL!!

Acara kemuncak adalah cabutan bertuah bagi 3 orang yang BERTUAH!! Untuk tempat ke-3 hadiah berupa sebuah telefon bimbit Iphone 6+ berserta voucher BHP bernilai RM500. Tempat ke-2 dan pertama ialah voucher percutian yang masing-masing bernilai RM5000 dan RM10,000.

Amy Search~performance artist

Tepat jam 11 malam, dif-dif terhormat mula beredar, artis undangan mula menonjolkan diri mereka. Artis jemputan kali ini ialah...Pheew wit....Amy Search. Pada ketika ini, staf-staf dah mula ke depan. Amy memulakan persembahan dengan lagu "Tiada Lagi". Sambutan daripada staf memang best. Nyanyi sama-sama....Masa lagu Isabella...fuhh...memang meremang bulu roma dengar suara Amy secara live..

Amy punya performance selama 1 jam berakhir jam 12 tgh malam. Habis jer nyanyian Amy tu, maka berakhirlah juga Annual Dinner Affin Bank. So, masing-masing mula bersurai. Ada yang mengambil kesempatan bergambar dengan kawan-kawan sebelum pulang ke rumah masing-masing.


p/s: korang nak tau, yg jadi Queen Amidala tu aku ler. Tak sangka lak leh dapat Best Dressed Female...kikiki.. Alhamdulillah...Rezeki dari Allah...Syukur..


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor

AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
 SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday 22 November 2014

Jom main masak-masak~#3 PUDING COCKTAIL favorite si anak

Assalamualaikum...

Selamat pagi...selamat berhujung minggu..
Sabtu; hari main masak-masak. Agak-agak hari ni kita nak masak apa ek??
Cuti sekolah dah bermula...anak-anak akan melekat kat rumah jer, Kena pulak hari ni nak tinggalkan dorg sebab nak gi Affin Bank Annual Dinner 2014...
So, kena buat something yang leh simpan dalam fridge. Lapar, leh amik...dan ulang lagi..hehehehe
Fikir punya fikir, tgk bahan kat dapur...rasa macam nak buat PUDING COCKTAIL
Jomss...Let's start!!

puding koktel berkuah
puding cocktail berkuah

PUDING COCKTAIL BERKUAH

Bahan-bahan:

2 biji telur
2 senduk gula
1 sudu esen vanila
1 tin susu cair
1 tin air
1 1/2 sudu besar tepung kastard (bancuh dgn air)
bahan-bahan


Cara-cara:

Pecahkan telur dalam periuk, masukkan gula dan kacau. 
Masukkan susu cair, air, esen vanila, kastard. Kacau lagi sehingga sebati.
Kemudian, masak di atas api kecil. Perlu sentiasa dikacau untuk elakkan telur berketul2.
Agak2 dah pekat, masukkan setin cocktail. Kacau lagi sehingga masak @ pekat ikut selera masing2.
Sejukkan sebentar. Pastu baru masukkan dalam fridge.
Tadaa...siap..


Dah siap, tp tggu sejuk dulu


*Sedap dimakan dah sejuk....
 Dapat kat Najihah ni, kompom 4 mangkuk sekali hadap jer... 

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday 21 November 2014

SATU BOTOL: 1001 KEGUNAAN...ALANGKAH JIMAT!!



Basic Hada 1001 kegunaan walaupun di belakang botolnya ada ditulis hanya 3 kegunaan sahaja ie cuci lantai, tingkap dan perkakas dapur. Selebihnya adalah hasil eksperimen lebih 700 000 ahli di seluruh dunia termasuk saya lah tuu...hehehe..

Atas keyakinan produk ini, saya sendiri cuci botol susu anakrendam sayuran dan buahanlap table-toprendam bajumop lantai, buat mandian anak demam....dan byk lg menggunakan Basic H2





APA ITU Basic H2?




Kandungan utama Basic H2 adalah minyak jagung dan minyak kelapa.


BAHAYA ATAU SELAMAT?


Tertakluk kepada pengguna itu sendiri. Kalau tanya saya secara peribadi saya yakin dengan produk ini. Kenapa?


  • Kandungan utama daripada bahan semulajadi (minyak jagung dan minyak kelapa)
  • Ianya bebas bahan kimia, toksin
  • Jimat
  • Tagline utk produk "Get Clean Shaklee"~Safe for you, your home and your planet
  • Mesra Alam
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
  • Organik
  • Tanpa toksid
  • Boleh terurai
  • Tanpa bahan kimia
  • Lebih pekat
  • Harga RM47 bersamaan dengan 181 liter produk lain
  • Pencuci semulajadi nombor 1
Antara kelebihan dan kegunaan BASIC H2 Shaklee

• Mencuci dan membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia.
• Mencuci dan membersih ikan, ayam, daging, makanan laut daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak).
• Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dan etc.
• Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dan etc.
• Mencuci dan membersih lantai serta alat permainan.
• Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan etc.
• Mengasah pisau.
• Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan etc.
• Menghapuskan kutu di atas kepala.
• Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas.
• Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dan etc.
• Demam panas (sebelum berjumpa doktor).
• Sakit gigi.
• Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit).
• Ulser dan mulut berbau.
• Penyubur tanaman dan penggembur tanah.
• Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas

Banyak weh...Berminat ingin mencuba?? Hubungi..

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 20 November 2014

ANTIBIOTIK SEMULAJADI YANG PENTING UNTUK KESIHATAN





Bawang putih sebagai antibodi semulajadi

Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh 1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint. 2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida 3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis 4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman. 5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat. 6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari. 7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari. 8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser. 9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki 10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus) 11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah 12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada: - Kerongkong & Telinga (throat & ear infection) - Perut memulas (stomach upset) - Cirit-birit (Diarrhea) - Bronkitis - Luka-luka (infected wounds) - Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Tak ramai orang boleh makan bawang putih secara mentah, dengan adanya kapsul Garlic Complex Shaklee memudahkan ramai orang menikmati kelebihan bawang putih yang menakjubkan.

Menurut web alliforce.com, bawang putih telah lama digunakan sebagai bahan semulajadi untuk mengubati banyak penyakit.

Dikatakan, pekerja yang membina piramid Giza makan bawang putuh untuk kekal cergas di zaman pemerintahan Firaun.

Orang Roman juga iktiraf bawang putih sebagai ubat mujarab sehingga dipercayai boleh halau hantu dan ilmu hitam.


Orang-orang Korea juga mengamalkan memakan bawang putih untuk kesihatan dan juga kulit agar jauh dari celaan dan sentiasa mulus.



Antara khasiat bawang putih adalah:

  • Membantu membunuh parasit
  • Membantu dalam sistem pernafasan
  • Perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah
  • Mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser
  • Mengurangkan penyempitan kolesterol dan saluran darah dalam kardiovaskular manusia
  • Dapat mengurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk
  • Sebagai antibiotik
  • Dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur  darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.
  • Membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan)
  • Menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam badan.

KHASIAT GARLIC COMPLEX SHAKLEE

  1. Mengandungi spearmint - meningkatkan fungsi jantung, sistem penghadaman.
  2. Antibiotik yang selamat dan semulajadi - selamat utk kegunaan jangka panjang utk tingkatkan sisitem imun, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  3. Menghalang elergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, athma, selesema dan hepatitis
  4. mempertingkatkan sistem penghadaman - formula uniknya mampu mengatasi masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik,ketidakhadaman. Juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria & menghalang ulser gastric.
  5. Stabilkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2 -4 tablet garlic akan menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.
  6. detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yg akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel2 darah dari kemusnahan dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.
  7. Turunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan kebekuan darah, meningkatkan HDL, lindungi jantung danmenghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Mencegah kanser - bantu mengelakkan dan merawat kanser dgn mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine.
  9. Stabilkan glukos - membantu stabilkan glukos dalam badan kita.
Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh 1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint. 2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida 3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis 4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman. 5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat. 6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari. 7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari. 8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser. 9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki 10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus) 11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah 12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada: - Kerongkong & Telinga (throat & ear infection) - Perut memulas (stomach upset) - Cirit-birit (Diarrhea) - Bronkitis - Luka-luka (infected wounds) - Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Keistimewaan Garlic Shaklee

  • Diperbuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik
  • Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif.
  • Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary
  • Mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif baawang putih dan keberkesanannya.
  • Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen = 2 ulas bawang putih segar.
  • Mengandungi Spearmint untuk mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.
Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh. 

Kegunaan Allicin pada bawang putih untuk kesihatan manusia :  

  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti aktiviti radang
  • Berfungsi sebagai anti oksidan 
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma
 
Garlic Complex Shaklee


Jadi, kepada sesiapa yang ada tanda-tanda bagi masalah di atas, bolehlah mencuba Garlic Complex Shaklee sekarang. Atau sesuai juga diberikan kepada mak, ayah, atuk dan nenek untuk menguatkan antibodi mereka. Dengan harga sebotol hanya RM47.50 pasti anda mampu memilikinya..

Bagaimana nak mendapatkannya?? Hubungi..

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit