Assalamualaikum...
"Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mncari rezeki."
(Al-Furqan 25:47)
Malam...gelap gelita...Allah jadikan malam gelap bersebab. Allah mahu kita berehat secukupnya supaya kita dapat bekerja pada siang esoknya. Setiap organ yang ada pada tubuh kita memerlukan rehat supaya dapat berfungsi dengan baik.
Mengapa perlu gelap??
Penemuan sains perubatan terhadap tidur di dalam gelap amat menakjubkan. Ini membuktikan bahawa tidur di dalam gelap memberi kesihatan yang optimum kepada manusia. Yang membuat kita tidur ialah pertukaran paras hormon melatonin yang beredar dalam tubuh kita.
Apakah melatonin??
Melatonin ialah hormon yang membantu melaraskan tidur. Melatonin juga berfungsi sebagai salah satu daripada antioksidan tubuh yang paling berkuasa. Ia juga mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh. Jumlah melatonin yang kita hasilkan ditentukan oleh berapa gelap persekitaran tempat tidur kita.
Apa jadi jika melatonin kurang??
Tanpa melatonin secukupnya, kita lebih mudah menglami gangguan tidur, lesu, depresi dan pelbagai jenis penyakit yang melemahkan sistem-sistem lain di dalam tubuh.
Kaitan mata dengan melatonin
Allah mencipta mata manusia bersekali dengan saraf penerima cahaya. ia sangat istimewa dan sensitif kepada cahaya. Saraf penerima cahaya inilah menghantar mesej kepada saraf-saraf di dalam otak. Dari situ jam biologi kita diselaraskan dan seterusnya melaraskan seluruh fungsi tubuh lain.
Para penyelidik mendapati tidur beberapa jam pada waktu malam di dalam gelap gelita menggalakkan kesihatan melatonin. Ia sekaligus ,enyekat pertumbuhan dan menghalang pembiakan tumor di daldm payudara secara signifikan. Mereka juga mendapati, tidur yang terdedah kepada cahaya menyebabkan penurunan paras melatonin secara dramatik dan menyebabkan pertumbuhan dan pembiakan sel-sel kanser payudara.
Kajian ini menjelaskan mengapa kanser payudara 5 kali ganda lebih mudah di temui di kalangan penduduk di negara-negara membangun dan berperindustrian berbanding penduduk negara kurang maju. Ini kerana kaum wanita yang bekerja syif malam lebih berisiko mendapat kanser payudara.
Daripada Ibnu Umar, bahawasanya Rasulullah bersabda:
"janganlah kau membiarkan api menyala ketika kamu tidur." (Riwayat Bukhari)
******these statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intend to diagnose, treat, cure or prevent any disease****** ~>Hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke no 0123769117 atau ~~>Email ke lindegreat@hotmail.com untuk maklumat lanjut.
hooo info yang menarik
ReplyDelete