Thursday, 13 November 2014

KURUS DENGAN LEBIH BERKESAN DAN SELAMAT

 




ASSALAMUALAIKUM..

Sebelum ni kita dah baca mengenai AIR UNTUK CANTIK dan kini kita baca pula mengenai AIR UNTUK KURUS. Moga ilmu ini memberi manfaat kepada semua terutama yang ingin KURUS SECARA SIHAT..

 
Kurang air dalam tubuh akan membantutkan proses pelangsingan anda terutamanya jika anda memang sedang giat berdiet. Ada pelbagai alasan mengapa air sangat penting untuk membantu proses penurunan berat badan ini. Antaranya adalah:-

1)Peratusan penurunan berat badan banyak dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh. Jadi, adalah sangat penting untuk anda minum secukupnya bagi menghindari diri dari dehidrasi.

2) Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar proses tersebut menjadi lebih efektif. Dalam erti kata lain, air mempengaruhi fungsi metabolisme tubuh.

3) Ketika tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin. Air dalam tubuh memainkan peranan untuk membantu menyingkirkan toksin itu melalui perkumuhan.

4) Apabila mengalai dehidrasi, ia menyekat aliran darah dalam tubuh. Keadaan ini membawa kepada pengurangan bekalan oksigen ke otot dan ini membuatkan anda berasa mudah letih. Ini akan menyebabkan anda tidak mampu melakukan senaman atau bergerak aktif bagi membakar lemak.

5) Air memainkan peranan dalam membantu mengekalkan pembentukan otot tubuh dan membantu keupayaan otot berkontraksi semasa begerak. Air juga merupakan pelincir untuk sendi.

6) Serat diperlukan semasa proses diet. Serat berfungsi untuk melancarkan proses perhadaman. Bagaimanapun, fungsi serat akan terhalan tanpa air yang cukup.

7) Minum segelas air sebelum menjamah hidangan akan menyuntik rasa kenyang ketika makan lebih awal.

8) Air yang mencukupi penting untuk membantu fungsi hati. Tugas hati adalah untuk membantu menguraikan lemak dan perkara ini amat penting dalam cubaan untuk menguruskan badan.

9) Setiap hari anda digesa supaya minum air dalam kuantiti yang banyak. Bagi yang ingin menguruskan badan, minumlah air panas sebelum dan selepas makan. Selain sifatnya menghangatkan, air putih juga tidak mengandungi kalori, gula atau lemak.



Sumber: Majalah Rapi

 
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor AZLIN BINTI JAAFAR ID No. 947971 SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

2 comments:

  1. Air mmg tersanGat penting...

    bondaseri.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Penting untuk kehidupan seharian kita. Bila timbul masalah catuan air di negeri selangor sebelum ni, memang susah sangat rasanya. Moga kita lebih menghargai air...

    ReplyDelete