Monday, 17 November 2014

MENGAPA KITA PERLU KURUS?




"Eleh, orang kurus tak semestinya sihat"
"Orang kurus pun ada yang kolestrol tinggi"
"Okla ni, gemuk pun sihat" 
"Berat badan terlebih pun, boleh buat itu ini. So kenapa perlu kurus?"


Pernah tak soalan tu muncul di fikiran bila kita sudah selesa dengan berat badan berlebihan? dan pelbagai lagi persoalan selesa untuk tempoh masa tersebut.

Bila selesa dengan berat badan yang begitu, bermaksud tabiat makan akan terus tidak sihat dan boleh menyebabkan berat lebih bertambah dan tidak mustahil akan dapat penyakit! Nak sakit?! Lebih baik cegah dan sihat. 




Ada juga yang pertikai, gemuk ke kurus ke sederhana ke semuanya sama je di sisi Allah. Memang ada betulnya, tiada beza kita semua ni di sisi-NYA. Tapi fikir pula gemuk akan buat kita malas, lambat, dan kurang produktif berbanding mereka yang sihat, cergas dan aktif. Jadi ibadah kita akan menjadi lebih sempurna apabila kita sihat. Logik kan?


Daripada Aisyah ra, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, GEMUK badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari)







Tapi kita mesti ingat sekiranya berat badan berlebihan, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolestrol darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus
Penyakit-penyakit ini semua datang bukan kerana kita gemuk tetapi potensi untuk dapat penyakit-penyakit itu lebih mudah berbanding yang berbadan sederhana besar.

Jadi, sebab itulah kenapa kita perlu kecilkan sikit badan kita...hehehe
(sopan sikit kot ayat ni..)

Jadi anda pilih! Mahu terus selesa kekenyangan atau menjaga kesihatan demi kesihatan?

Tepuk dada tanya selera..

Wassalam.




I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment: