Wednesday, 5 November 2014

Tips dan Petua Penjagaan Rambut



Assalamualaikum...

Dah banyak habis duit di salun, tapi hasilnya masih tak memuaskan?? 
Dah penat tukar syampu, tapi tiada sebarang perubahan pun???
Jom kita tukar...kita cuba pula PETUA TOK NENEK kita..

Kalau tengok mak, makcik malah nenek kita masa muda dulu rambutnya hitam lebat...berkilat...Sangat cantik bersanggul. Mayang mengurai gitu. Pasti ada RAHSIA yang digunapakai kan??? Ayuh kita korek rahsia mereka...;)



1Melebat dan menghitamkan rambut
  • Untuk mendapatkan rambut lebat dan berwarna hitam pekat, ambil beberapa batang serai dan tumbuk hancur.
    Rebus dan sejukkan air rebusan serai. Sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 2 jam sebelum dibilas bersih. Amalkan petua ini sekurang-kurangnya sekali seminggu.


2Mengatasi rambut gugur

  • Runsing rambut gugur dan semakin menipis??? Mudah saja dengan petua orang dolu-dolu ni. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga ia kekuningan. Tumbuk sehingga ia hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Sebelum mandi setiap pagi, pupurkan minyak ini pada rambut dan cuci rambut seperti biasa selepas 30 minit. Amalkan 2 kali seminggu untuk menampakkan kesan.



 
3Kulit kepala berkelemumur dan berbau

  • Untuk masalah ini, amalkan mencuci rambut dengan jus limau purut.
    Ratakan jus pada kulit kepala. Amalkan beberapa kali seminggu. Rambut akan berbau harum dan masalah kulit kepala juga dapat diatasi.

4Rambut lembut dan tidak kusut

  • Buat masker rambut sendiri dengan menggunakan susu tepung dan perahan limau nipis.
    Sejukkan kedalam peti sejuk lebih kurang 6 jam sehingga ia memekat. Apabila pekat, lumurkan pada rambut anda. Biarkan sehingga 1 jam sebelum dibilas. BUatlah selalu. Pasti rambut anda akan lembut dan tidak kusut.

5Kuatkan akar rambut


  • Lumurkan lendir daun bunga raya pada rambut 3 kali seminggu. Ia bukan saja memberi kekuatan pada akar rambut bahkan melebatkan rambut.

6Membersihkan kulit kepala

  • Untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada kulit kepala, basuhlah rambut dengan menggunakan air suam. Air suam akan membuka kutikel pada kulit kepala dan memudahkan anda membersihkannya.

7Meluruskan rambut

  • Anda tak sukakan rambut kerinting??
    Mudah saja untuk meluruskannya tanpa menggunakan rebonding. Parut sebiji kelapa dan ambil santannya. Campurkan santan dengan jus limau nipis dan biarkan ia sejuk di dalam peti ais. Gunakan santan sebai krim rambut. Anda akan nampak hasilnya dam seminggu. Cubalah!!

8Melambatkan rambut memutih

  • Belum masanya rambutmu memutih?? Bagi mengatasi masalah uban, ambil lendir lidah buaya, minyak kelapa serta air limau nipis dan bancuh sebati. Lumurkan sebatian tadi pada kulit kepala dan dibilas bersih selepas setengah jam. Lakukan amalan ini 3 kali seminggu.

9Elakkan rambut rapuh dan gugur
  •  Seringkali apabila kita sikat rambut, rambut akan putus, melekat di sikat dan gugur ke lantai. Untuk mengatasi masalah ini, mudah saja. Lumurkan minyak bijan
    pada rambut sebelum anda tidur. Cuci rambut keesokkannya dengan syampu seperti biasa. Sebelum menyisir rambut, letakkan minyak zaitun atau minyak bayi untuk lebih mudah.

10Mencuci rambut
  •  Mencuci rambut setiap hari adalah tidak baik untuk kesihatan rambut. Bersihkan rambut menggunakan bunga-bungaan dan lendir lidah buaya
    agar ia sihat dan kekal harum. Cuci rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan campuran bunga-bungan. 

Bukan susah pun bahan-bahannya kan... Nak dengan tak nak jer. Selain tu jangan ada Vitamin "M" dalam diri. Nak cantik...kena usaha sesuatu...kena berkorban...barulah berbaloi-baloi...




******these statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intend to diagnose, treat, cure or prevent any disease****** ~>Hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke no 0123769117 atau ~~>Email ke lindegreat@hotmail.com untuk maklumat lanjut.

4 comments:

  1. Saya suka Petua2 tradifional ni. Selamat tnpa bhn kimia..tapi kena rajin la kantp sekarang dah tak susah dah..shaklee kan ada

    ReplyDelete
  2. best tgk guna bahan semulajadi.. kalau yang tak berkemampuan, boleh guna.. dijamin selamat dan berkesan.. tambah2 santan..
    CARA RAWAT SENGGUGUT DENGAN BERKESAN

    ReplyDelete
  3. best,, best,, lepas ni boleh try!!
    tq utk info!!

    OMEGA GUARD BIKIN ANAK GENIUS

    ReplyDelete