Assalamualaikum...
Asyik dok citer kurus dan makanan, jom hari ni kita selit sikit mengenai senaman. Ramai yang tak suka bersenam. Penat, letih, takde masa, segan adalah alasan-alasan common sgt kita dengar. Especially wanita Melayu...fuhh...memang 1001 alasan sanggup diberi..namun bersenam tidak sekali. Nak kurus, cantik dan selim-melim...tapi bukan dengan bersenam...
Jangan kita fikir bersenam untuk kurus; tapi kita tukar sikit interpretasi kepada BERSENAM UNTUK SIHAT. Ini kerana, apabila kita set di minda "bersenam untuk kurus" dan kita tidak berjaya mencapai target, kita muda berputus asa. Kalau kita set "bersenam untuk sihat", Inshaa Allah kita akan istiqamah dalam melakukannya. Mari baca sikit apa yang saya ingin share mengenai senaman.
*********************
Tidak kira sama ada melakukan senaman yoga atau pergerakan yang aktif semasa bersenam, anda perlu ingan keperuan bersenam adalah untuk keselesaan pada badan dan minda. Sekiranya anda berdisiplin menjaga dan menguruskan keperluan badan untuk bergerak aktif dan sihat maka secara automatik sistem badan akan bertindak dengan baik.
MULAKAN DENGAN PERLAHAN_LAHAN
Sekiranya anda ingin bersenam tetapi anda ingin memulakannya dengan perlahan-lahan, maka aktiviti seperti menaiki tangga, berjalan di taman, singkatkan waktu menikmati makanan dan beriadahlah dengan apa jua aktiviti pada hujung minggu. Buang segala perasaan malas dan mulakan dengan perlahan-lahan.
APA JUA JENIS SENAMAN RINGAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh National Academies' Institute of Medicine's, melakukan aktiviti regangan selama 5-10 minit seterusnya disambung dengan senaman ringan seperti berenang, berbasikal, berjalan, menari atau berlari selama 30 minit sebanyak 3 x seminggu dan diikuti dengan senaman menyejukkan badan selama 10 minit adalah kaedah terbaik untuk melakukan senaman dengan betul.
AEROBIK vs MARATON
Melakukan aktiviti lasak seperti menyertai maraton sejauh 60km setiap minggu akan memberikan bentuk tubuh badan yang menarik. Tetapi sekiranya anda kekurangan masa untuk melakukan aktiviti seperti maraton maka lakukan aerobik dengan masa 20-30 minit sebagai permulaan selang dua atau tiga hari seminggu, badan anda pasti seperti seorang pelari maraton.
RANCANG SENAMAN ANDA
Anda perlu menimbangkan jenis-jenis senaman yang menyatukan minda dan pergerakan badan anda sekaligus memberikan ketenangan kepada anda semasa bersenam. Mengalami tekanan sewaktu melakukan senaman yang anda tidak gemari akan mempengaruhi mood pemakanan anda dan mempengaruhi anda untuk makan secara berlebihan setelah bersenam. Kenal pasti jenis senaman yang mudah dan menyeronokkan kerana ia penting untuk kesihatan tubuh dan minda anda.
sumber: iSIHAT
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
0 comments:
Post a Comment