Assalamualaikum...
Diet...Diet...Diet...
Anda mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan dan ingin mendapatkan berat badan yang ideal. Saya ada cara yang mudah iaitu perhatikan pola pemakanan anda. Nafsu makan juga harus dijaga agar anda tidak mengambil jumlah yang makanan yang berlebihan.
Ikuti tips ini:~
Makanan berprotein tinggi
Ambil makanan berprotein ketika sarapan kerana ia membantu untuk mengurangkan rasa lapar pada siang hari. Malah, anda juga tidak akan mengambil dalam jumlah yang banyak.
Jauhi makanan kegemaran
Kalau dah suka, pasti anda akan mengulang-ulang makanan yang sama dengan lebih kerap. Untuk mengelak dari anda menikmatinya, jauhi dari diri anda atau jangan membelinya terus.
Tidur yang cukup
Menurut kajian, nafsu makan seseorang akan meningkat apabila beliau tidak cukup tidur iaitu kurang dari 8 jam.
Sajian yang secukupnya
Tahukah anda, semakin banyak sajian yang dihidangkan, semakin banyak makanan yang anda akan makan. Jadi, berusahalah menyajikan makanan secukupnya.
Mulakan dengan sup
Mulakan memakan sup sayur yang mengandungi 130 kalori. Cara ini membuatkan anda tidak makan dalam jumlah yang banyak kerana perut anda sudah dipenuhi dengan sup.
Pilih tempat yang terang
Memilih tempat yang terang adalah untuk mengelakkan anda makan dengan kuantiti yang banyak kerana malu dilihat orang lain.
Cium aroma kegemaran
Kajian menunjukkan, reaksi otak terhadap lemak di mulut sama dengan reaksi otak ketika hidung mencium aroma yang menarik. Oleh itu, jika perut anda berbunyi untuk diisi, cubalah menciun aroma kegemaran anda. Tentu anda tidak merasa lapar lagi.
Selamat mencuba...dan GOOD LUCK!!!
good tips..=D boleh la nak amalkan nanti.. (tengah berdiet)hihihihi
ReplyDeleteRahsia Kecantikan Semulajadi