Tahukah anda bahawa kolagen itu penting bukan sahaja untuk kecantikan tetapi kolagen juga penting untuk kesihatan kita secara keseluruhannya. Ramai yang salah sangka dan ingat kolagen penting untuk kulit semata-mata. Tetapi sebenarnya bukan khas untuk kulit saja. Nak tau apa lagi kebaikan kolagen untuk kita??
- Rambut & Kuku : Kolagen bermanfaat untuk memperkuat akar rambut dan meransang pertumbuhan rambut yang sihat. Sama juga dengan kuku. Kolagen membantu menguatkan kuku. Kalau kuku sihat, takdelah dia rapuh dan mudah patah. Kalau yang ada bintik-bintik putih tu, amalkan kolagen secara konsisten, pasti ia akan hilang nanti.
- Kulit : Yang ini memang semua tahu sebab kolagen membantu untuk mengekalkan keremajaan kulit. Kolagen dapat membantu kulit menjadi tegang dan sihat. Selain itu dapat juga menghilangkan bekas luka atau parut pada kulit. Jika konsisten mengamalkan kolagen, parut dan stretch mark juga akan hilang.
- Sendi : Kolagen juga bagus untuk sendi. Kalau terasa sengal-sengal atau lenguh pada sendi, bolehlah mencuba mengambil kolagen secara konsisten. Kolagen mampu membekalkan fleksibiliti tubuh kepada bahagian tendon kita. Kolagen juga membantu untuk membina tulang rawan yang lebih sihat kepada sendi.
- Tulang : Kolagen memiliki fungsi yangg sama pentingnya dengan kalsium bagi tulang kita. Sebab kolagen ni sebenarnya berfungsi sebagai pelekat tulang supaya sendi bersatu. Kalau kita ambil kolagen dengan teratur, kita dapat memperkuatkan tulang dan mencegah tulang rapuh. Tambah pulak dengan tabiat pemakanan yang teratur, seimbang dan baik, kesihatan tulang dapat dijaga dengan baik sampai kita tua. Dalam masa yg sama, dapat juga kita mencegah osteoporosis.
- Otak : Siapa sangka kolagen bukan hanya baik untuk kulit, tapi sebenarnya bagus juga untuk otak? Sebabnya nutrisi pada otak kita dibekalkan oleh sel yg dibentuk oleh jaringan kolagen. Saraf kranial pada otak takkan dapat menerima nutrisi kalau jaringan kolagen berkurangan atau menipis. Disebabkan itulah pentingnya pengambilan kolagen ni.
- Mata : Untuk bekerja dengan lebih baik, otot-otot mata mestilah lentur. Seiring dengan pertambahan usia, kolagen pada kornea menjadi kaku. Apabila kornea menjadi kaku, ia adalah tidak elok untuk kesihatan mata. Sebab itu untuk mengatasi kekurangan kolagen dibahagian mata, kita disarankan untuk mengambil kolagen supaya dapat pulihkan perlihatan.
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Kolagen memang penting untuk kita.. :D
ReplyDelete:: anmashealthcare.blogspot.com ::
makin tua makin hilang kolagen dalam badan. So, kenalah cari solutionnya agar tubuh kekal segar dan kita tak tua sebelum waktunya...
Deletesaat umur 25 mulah lah fikir, takut muka berkedut.. hehe
ReplyDeleteMy Recent Post : CARA RAWAT JERAWAT BATU DARI LUAR DAN DALAM
Baguslah kalau di umur 25 tahun dah mula concern tentang kecantikkan diri. Prevention is better than cure kan?? Lagipun kolagen bukan hanya tertumpu untuk kulit tapi untuk kesihatan menyeluruh juga...
Deletedah masuk 30an ni,, penting kena ambik tahu tentang semua ni,,
ReplyDeletekena tambah kolagen camni!!
sakit sendi tanda dah tua
Harusss...kena tambah 1 lagi produk wajib consume demi untuk kesihatan diri. Jgn kedekut untuk diri-sendiri tau...kena bagi reward juga..;)
Delete