Assalamualaikum...
Hari ni 30/11/14...hari penuh debaran untuk para SID. Hari closing...segala macam perasaan timbul. Tak senang duduk dibuatnya. Seyes...serba-serbi tak kena dibuatnya...makan tak kenyang...malah takde rasa macam nak makan pun...huhuhu..Haru seh!!
So, hari ni takmo buat yang serious sangat. Nak santai-santai jer. Nak hilangkan rasa gemuruh uolls. Harap-harap korg pun senyum wp tak dapat nak gelak besar...
ISTERI YANG PEKAK
Seorang lelaki menemui doktor kerana risaukan isterinya yang tidak boleh mendengar dengan baik seperti dulu. Dia merasakan si isteri mungkin memerlukan alat bantuan pendengaran.
Doktor mengesyorkan untuk mencuba satu ujian bagi mengesahkan jika si isteri benar-benar mempunyai masalah pendengaran.
"Awak buat macam ni. Berdiri dengan jarak 40 kaki di belakang isteri, dan tanyakan soalan dengan nada biasa, Tengok dia boleh dengar atau tidak. Kalau dia tak dengar, awak dekatkan lagi jarak, 30 kaki, 20 kaki dan seterusnya. Sampai awak dapat respons daripada isteri,"terang doktor panjang lebar.
Petang itu si suami memulakan "misi" untuk menguji. Isterinya sedang sibuk memasak di dapur. Lalu dari jarak 40 kaki, dia bertanya kepada isterinya. "Sayang, malam ni sayang masak apa?"
Tiada respons. Dia berjalan lebih dekat kepada isterinya. Pada jarak 30 kaki, dia bertanyakan soalan yang sama. Masih tiada jawapan.
Dia semakin yakin isterinya ada masalah pendengaran. Dia dekatkan lagi jaraknya. Pada jarak 20 kaki, sekali lagi dia bertanya, "Sayang, masak apa?" pun tiada jawapan. Di jarak 10 kaki di belakang isterinya, dia bertanyakan soalan yang sama lagi. Senyap. Sepi tanpa jawapan.
Akhirnya, si suami datang betul-betul di belakang isterinya sebelum bertanyakan soalan yang sama buat kali kelima. "Sayang, malam ni masak apa?" "Abang! Dah 5 kali saya jawab. Ayam masak lemak cili api!"
**********************
hihihi...
Korang ok tak?? Mampu tergelak?? Kalau boleh, baguslah.
Jangan tensi-tensi ok. Keep on smiling yer.
HAPPY CLOSING.
Wassalam.
AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Salam
ReplyDelete