Anda sering merasa letih?
Tugasan harian terganggu akibat keletihan??
Jangan biar ia berterusan...Carilah penyebabnya.
Ketahui punca sebenar agar dapat merawat masalahnya..
1. kurang tidur
Wanita yang bekerja sama ada yang masih bujang ataupun sudah berkahwin sering kali mengabaikan waktu tidur. Sibuk dengan kerja rumah ataupun menyambung kerja di pejabat selalu menjadi alasan. Kesibukan ini mungkin menyebabkan tubuh tidak mendapat oksigen yang secukupnya. Oksigen yang kurang akan mengganggu penumpuan dan membuatkan tubuh merasa letih.
2. pemakanan yang salah
Hati-hati bila memilih menu makanan. Sungguhpun anda mengambil makanan yang banyak, namun jika anda tersilap pilih makanan, kecergasan tubuh badan anda mungkin menurun.
3. sering tertekan
Jika anda gembira dan bahagia dgn kehidupan anda,maka tenaga atau aura positif akan mengalir ke dalam tubuh hingga membuatkan anda lebih cergas dan ceria. Sebaliknya jika anda berasa tertekan, selalu cemas atau berasa kurang ceria,semua ini akan menghalang tenaga positif.
4. kurang bersenam
Semasa bersenam, terutama senaman kardio,otak akan menghasilkan hormon endorphin. Hormon inilah yang akan mengalirkan rasa tenang sehingga anda akan berasa segar walaupun tubuh keletihan. Hormon ini juga akan membantu anda mengatasi stress dan membuat kualiti tidur anda lebih bagus.
Sumber makanan yang anda ambil kadang kala tidak mencukupi utk memenuhi keperluan vitamin dan mineral utk tubuh. Untuk itu anda memerlukan vitamin dan mineral tambahan. Petanda bahawa tubuh anda memerlukan tambahan vitamin dan mineral adalah wajah nampak pucat, badan terasa lesu dan kepala selalu pening.
Kaji pemasalahan dala diri anda. Atasi segera.
Anda mampu mengubahnya...
Sumber: Majalah Mingguan Wanita
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
kalau nak lakukan semua kerja dengan baik.. kena la cukupkan keperluan badan dulu.. baru dapat buat kerja dengan baik.. kuncinya ,merancang masa...=D
ReplyDeleteRahsia Kecantikan Semulajadi