Sunday, 16 November 2014

PENGGANTI YANG SAMA NILAINYA..




Tidak ramai yang menggemari minum air putih/masak walaupun sedar tentang kebaikannya terhadap kesihatan tubuh badan. Tanpa warna maupun rasa membuatkan kita bosan meminumnya berbanding air yang berperisa dan berwarna kerana ia lebih menarik dan enak di minum.

Sebenarnya, banyak minuman lain yang boleh menggantikan air putih dan dalam masa yang sama mempunyai khasiat dan manfaat untuk kesihatan. Berikut beberapa jenis air yang boleh anda minum bagi menggantikan keperluan meminum air putih:~

JUS OREN

  • Antioksidan dalamjus ini dapat melindungi diri dari radang yang boleh menyebabkan sakit jantung. Walaupun begitu,pastikan kadar kandungan gula di dalamnya tidak berlebihan agar dapat mengelakkan penyakit lain pula.
TEH CHAMOMILE
  • Teh ini boleh membuatkan anda berasa tenang. Mereka yang meminum teh ini setiap hari selama 2 bulan akan berasa lebih tenang, kurang cemas atau panik dan rasa gelisah. Mereka yang sering berasa gelisah dan sukar tidur malam, cubalah minum secawan teh sebelum tidur.
JUS KRANBERI
  • Jus ini berkhasiat untuk mencegah penyakit pada gusi dan jangkitan pada pundi kencing. BAhan semulajadi di dalam jus ini membantu mencegah gusi dengan menghalang bakteria yang terdapat gigi serta di bawah gusi. Ia memberi 39% keperluan vitamin sehari, meningkatkan kadar kolestrol baik dan memelihara kesihatan pundi kencing.
SUSU COKLAT
  • Segelas susu coklat mengandungi banyak karbohidrat dan protein yang mampu memulihkan tenaga setelah melakukan pelbagai aktiviti ataupun olahraga. Susu coklat juga dapat membantu mengurangi rasa sakit dan keletihan, serta dapat menjaga perut agar tetap rata.
TEH HIJAU
  • Teh hijau diketahui dapat membantu memelihara berat badan. KAndungan polifenol di dalam teh hijau dapat meningkatkan metabolisme tubuh hingga memudahkan pembakaran lemak. Teh hijau juga kaya antioksidan yang diketahui dapat membantu menghalang penyakit jantung dan kanser.
JUS TOMATO
  • Jus tomato diketahui dapat menurunkan risiko kanser.Ia kaya dengan vitamin B dan likopin yang dapat membantu menghalang kanser.
TEH HITAM
  • Minuman klasik ini merupakan sumber flavanoid iaitu antioksidan yang mengandungi khasiat yang baik untuk menghalang kanser. Teh hitam baik di minum panas dan sejuk dan ia baik untuk rawatan kulit.


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 
AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

2 comments:

  1. Subhanallah..banyaknya khasiat buah-buahan sayuran diatas ya :D
    Nice Sharing

    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak..mmg banyak...cuma kita jer tak tau or maybe terlepas pandang. Lepas ni boleh lah kita nikmati jus dr buah-buahan ini tanpa was-was yer.

      Delete