Tuesday, 4 November 2014

SEPI MALAM YANG MENDAMAIKAN

 



Assalamualaikum...

Semalam kita dah bercerita pasal Tidur Malam di Dalam Gelap. Kenapa kena tidur dalam gelap gelita. Kita selama ni selalu pasang at least lampu tangga or mungkin lampu bilik air. Kononnya, anak tak boleh tidur gelap sangat. Sedangkan Nabi Allah pun suruh bergelap. Sebab tu lah kita sekarang mudah dihinggapi pelbagai penyakit. So, jom berubah sekarang. Ikut Sunnah Nabi tu. Insha Allah kita terhindar dari penyakit bahaya...

Bukan setakat untuk kanser, melatonin juga bermanfaat untuk kesihatan kita secara menyeluruh. Jom baca lagi manfaat melatonin untuk kita...


MANFAAT MELATONIN


  • Penawar kepada pencemaran yang masuk ke dalam tubuh seperti asap dan bahan kimia
 
  • Menyokong kesihatan jantung. Paras melatonin yang rendah adalah lazim di kalangan pesakit koronori jantung. Penyakit jantung bertambah buruk akibat radikal bebas. Melatonin boleh melawannya.
 
  • Tidur amat membantu mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah jika pada setiap malam anda mendapat melatonin secukupnya
 
  • Antikatarak: Katarak biasanya dosebabkan oleh tekanan oksidatif terhadap mata. Maka paras aktiviti antioksidan melatonin yang baik membantu menghalangnya daripada terbentuk
  • Membantu meminimumkan kerosakan akibat kecederaan oksidatif seperti melecur, selaran matahari, inflamasi serta luka yang boleh disertai oleh peningkatan paras radiakal bebas. Oleh itu melatonin berguna untuk membantu kerosakan itu.
 
  • Membantu merendahkan tekanan darah. Salah satu sebab mengapa tekanan darah selalunya rendah pada waktu malam berkait rapat dengan melatonin. Beberapa kajian melaporkan bahawa melatonin membantu merendahkan tekanan darah tinggi bagi pesakit darah tinggi.
    Golongan ini mempunyai paras melatonin rendah. Ini menunjukkan dengan mengoptimumkan paras melatonin semulajadi amat penting dalam mengawal tekanan darah. Tidur dalam keadaan gelap gelita adalah cara terbaik meningkatkan paras melatonin secara semulajadi.
 
  • Melatonin dipercayai membantu menumbuhkan rambut. Kajian yang dilakuan oleh Universiti Friedrich Schiller, Jerman mendapati melatonin meningkatkan pertumbuhan rambut dikalangan wanita yang mengalami masalah rambut gugur
 
  • Melegakan migrain dan sakit kepala. Beberapa kajian terhadap orang yang kerap mengalami migrain dan sakit kepala adalah disebabkan oleh mereka mempunyai paras melatonin yang kurang. 
 Sumber: Majalah Anis

******these statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intend to diagnose, treat, cure or prevent any disease****** ~>Hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke no 0123769117 atau ~~>Email ke lindegreat@hotmail.com untuk maklumat lanjut.

1 comment: