Tuesday, 11 November 2014

AIR UNTUK CANTIK


Assalamualaikum...

Jom bercerita pasal AIR.

Selain keperluan untuk kesihatan tubuh, air juga memberi manfaat yang besar kepada kecantikan. Banyak khasiat air yang boleh dikaitkan dengan kecantikan. Antaranya ialah:~



1) Air putih yang diminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari baik untuk kecantikan kulit. Air yang mencukupi membuatkan kulit sentiasa lembap dan muda. Kulit yang tak cukup air akan hilang keanjalan. Ujinya dengan mencubit kulit dibelakang tangan. Ia akan terlepas serta-merta.

2) Air yang dikisar bersama-sama buah (utk dijadikan jus) sangat baik utk sistem pencernaan, melembapkan kulit dan menjaga kesihatan mata

3) Air yang mencukupi juga sangat bagus utk melebat dan menyihatkan akar rambut

4) Kulit dan kuku kaki yang letih dan stres boleh dilegakan. Cuma, rendamkan kaki ke dalam sebaldi air suam dan perahkan sedikit hirisan limau nipis ke dalamnya. Rendamkan kaki selama 15 minit. Amalkan dalam seminggu sekali dan anda akan mendapati keadaan kaki anda lebih cantik dan halus.

5) Di spa juga,banyak disediakan khidmat mandian yang pelbagai. Antaranya mandi lulur, mandi susu, mandi lumpur dan mandi bunga. Semua ini tidak lain adalah utk memastikan kecantikan kulit yang berpanjangan.

6) Mata yang cengkung dan kulit di sekeliling mata ke dalam menandakan dehidrasi yang teruk. Minumlah air secukupnya.

7) Untuk mengekalkan kecantikan, air embun di pagi hari amat berkesan dalam menaikkan seri wajah. Tadah air embun semalaman dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun diminum.

8) Air penting untuk membersihkan wajah. Gunakan air bersih untuk membuang kotoran pada wajah. Jangan gunakan air yang masih dalam suhu terlalu panas kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

9) Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah,tetapi paling mujarab.

Sumber: Majalah Rapi




I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

0 comments:

Post a Comment