Monday 21 November 2016

PENGEDAR SHAKLEE AREA SERI KEMBANGAN


Korang tau tak Shaklee tiada stokis tapi yang ada hanyalah agen-agen sah di sesebuah kawasan. Jadi sesiapa yang tinggal di Seri Kembangan dan ingin mendapatkan produk Shaklee, Kak Lin merupakan agen sah Shaklee Seri Kembangan.


Kalau anda masih tercari-cari lagi Pengedar Shaklee Seri Kembangan untuk servis terpantas dan pastinya boleh dipercayai, Kak Lin sedia membantu anda.


Antara servis yang disediakan ialah penghantaran melalui POS atau COD dan Free Consultation.


Kak Lin cover seluruh kawasan Seri Kembangan dan sekitarnya.

So, sekarang korg takyah nak pening-pening lagi mencari penjual Shaklee area Seri Kembangan. 

Just hubungi Kak Lin di 012-3769117 atau nak cepat 

Whatsapp/PM kat no 012-3769117.


I am Your Trusted Shaklee Independent Distributor




AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

Dapatkan info lanjut CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE dan KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI SHAKLEE 




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 15 October 2015

DARI GULA KEPADA MANISAN SEMULAJADI




Korang tau tak salah satu sebab kenapa kita susah sangat nak kuruskan badan? Sebenar ia juga adalah ekoran dari sikap kita yang suka makan gula. Pernah dengar pepatah ni.."Mati semut kerana gula"... Haa...kita pun boleh jadi macam semut jugak kalau nak tau...

Gula adalah pemanis makanan yang sering ditambah ke dalam hidangan. Bagi peminat pencuci mulut, gula dianggap hidangan penting. Terlalu banyak mengambil gula bakal menyumbang kepada segala macam penyakit. Gula bukan sahaja mengakibatkan tubuh dijangkiti diabetes malah menjadi punca kepada obesiti, penyakit jantung, kanser dan jangkitan otak. 

Oleh itu, cuba elakkan pengambilan gula dan dalam masa yang sama masih dapat menikmati keenakkan makanan. Antara cara terbaik yang boleh anda lakukan ialah dengan memilih makanan gantian gula yang lebih sihat dan memelihara kesihatan.

JOM TUKAR GULA KEPADA :

1) Sos epal

  ~sos epal mengganti tugas gula tanpa tambahan kalori. 1 cawan sos epal hanya mempunyai 100 kalori berbanding 1 cawan gula mengandungi 770 kalori.

2) Sirap Gula Perang

  ~sirap ini diperolehi daripada beras perang dan ia tidak mengandungi fruktosa.

3) Sirap maple

  ~sumber sirap ini adalah daripada pokok maple dan mengandungi hampir 70% sukros dan tahapfruktos yang rendah. Sirap ini juga kaya dengan antioksidan.

4) Lo Han

  ~ia adalah sejenis herba yang digunakan oleh masyarakat cina untuk menggantikan gula. Kaya dengan antioksidan dan tidak mempunyai kalori.

5) Sirap Agave

  ~sirap ini manis secara semulajadi. Hanya sedikit sahaja sudah memberi rasa yang manis berbanding gula. Namun sirap ini mengandungi kadar fruktos yang tinggi iaitu hampir 90%

6) Stevia

  ~daun stevia adalah pemanis semulajadi dan tidak mempunyai karbohidrat atau kalori. Ia juga tidak meningkatkan kadar gula dalam darah.

7) Molasses

  ~molasses ini kaya dengan nutrisi seperti zat besi, magnesium,kalsum dan potassium. Ia oekat, berwarna hitam juga kaya dengan mineral. Namun ia mengandungi kadar fruktosa yang tinggi.

8) Madu

  ~perlu pandai memilih madu kerana kebanyakkan madu yang komersil sama sahaja seperti gula. Madu asli kaya dengan sumber nutrisi dan boleh menyembuhkan penyakit seperti selesema dan batuk. Madu manuka dan madu asli timur tengah adalah antara madu terbaik dunia.


Kredit:Majalah Rapi 



********************


Walaupun rasa manis gula dengan manisan semulajadi tak sama, tapi fungsinya tetap sama. Mula-mula memanglah rasa pelik sikit, lama-lama...'alah bisa tegal biasa'. Jangan kita dok asyik fikirkan sedap sekarang, lebih baik kita fikirkan akibat akan datang. Prevention is better than cure, right??


Ingatan ni untuk diri Kak Lyn dan semua yang Kak Lyn sayang. Sebelum nak orang lain sayang kita, sayangi diri sendiri dulu yer.

Jumpa di lain entry.
Love~Kak Lyn..




********************


Nak order dengan harga menarik dan konsultasi percuma?

Boleh Hubungi saya:

Azlin bt Jaafar (Lin) : 012-3769117

Email: lindegreat@gmail.com
FB: Azlin Jaafar 


Pengedar Sah Shaklee, Khidmat COD Daerah Balakong, Seri Kembangan, Serdang dan kawasan sekitarnya




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday 14 October 2015

HILANGKAN TEKANAN DENGAN WANGIAN


Tiada siapa pun yang ingin dibelenggu dengan rasa sedih dan stress. Biasanya stress terjadi akibat tekanan di tempat kerja atau masalah rumahtangga. Bagaimana untuk mengatasinya? Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk menghilangkan rasa stress dan sedih mereka. Ada yang pergi membeli-belah, makan-makan atau bercuti. Apa kata kali ini anda cuba atasi masalah dengan mencium beberapa haruman untuk membangkitkan rasa bahagia dalam diri.


Bunga bukan lagi rahsia kerana aroma bunga menjadi salah satu aroma yang menenangkan. Contohnya mawar, lavender, melati dan beberapa jenis bunga yang lain. Ia bukan sahaja memberi ketenangan tetapi juga mengurangkan insomnia dan depresi.


ROSEMARY


Wangian ini berhubungan dengan perasaan bahagia dan mempunyai kemampuan untuk menurunkan kadar kortisol. Rosemary terbukti dapat mempengaruhi prestasi dan suasana hati. Ia sesuai digunakan atau diletakkan di tempat kerja.


LAVENDER

Ia berkaitan dengan kesan yang menenangkan anda sehingga memberikan perasaan nyaman. Sesuai digunakan pada waktu malam ketika tidur. Malah menjadi pilihan yang sesuai untuk mereka yang ingin bersantai.


PUDINA


 
Ia terbukti dapat meningkatkan memori dan fokus. Bagi anda yang masih belajar dan bekerja yang memerlukan tumpuan tinggi, aroma ini sangat disarankan untuk meransang otak.


LEMON


Aroma yang segar ternyata mampu memberikan kesan anti depresi. Malah ia juga dapat memperbaiki mood anda menjadi lebih baik. Selain itu, aroma buah ini boleh meningkatkan tenaga, mengurangkan stres dan memberikan kesan positif kepada orang lain.


BAU RUMPUT


Menurut penelitian dari Australia, bau rumput yang baru di potong ternyata dapat membuatkan seseorang itu lebih santai dan gembira. Bau ini sangat kuat dan boleh membantu mengurangkan tekanan seiring dengan usia yang semakin meningkat.


BEDAK BAYI






Bau bedak bayi ternyata dapat merangsang rasa bahagia dan mengingatkan anda memori kebahagiaan ketika masih kanak-kanak dahulu.



RINTIK HUJAN



Suara rintik hujan adalah suara yang sempurna untuk mencipta suasana yang lebih menenangkan. Ia juga dipanggil "white noise" ~ suara biasa meneutralkan fikiran, menenangkan fikiran selepas seharian dengan kesibukan dan tekanan. Malah anda boleh tertidur dengan nyenyak di saat anda mendengar suara rintikan hujan.


Kredit utk: Majalah Rapi


Jangan stres-stres lagi sayang-sayang semua. Ada banyak cara untuk menangani stres ni. Wangian ni cuma salah satu cara. Menangis pun boleh...menjerit pun boleh. Pilihlah yang mana sesuai untuk kita. Tapi walau apa pun, luahkanlah kepada Yang Esa, itu yang terbaik.

Till we meet again sayang semua.
Love just ain't enough...
~kak lyn~



********************


Nak order dengan harga menarik dan konsultasi percuma?
Boleh Hubungi saya:

Azlin bt Jaafar (Lin) : 012-3769117

Email: lindegreat@gmail.com
FB: Azlin Jaafar 


Pengedar Sah Shaklee, Khidmat COD Daerah Balakong, Seri Kembangan, Serdang dan kawasan sekitarnya



 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 13 October 2015

CERGAS DAN SIHAT DI PEJABAT


 



Sihat di pejabat

Kalau semalam kita dah share tips kurus & sihat untuk para ibu di rumah, hari ni kita share pulak tips sihat untuk yang bekerja di pejabat.

Dewasa ini, banyak kes-kes mati mengejut berlaku dikalangan para pekerja pejabat yang mana masih muda umurnya. Kebanyakkan kes adalah di antara yang berumur 40 - 50 tahun. Ia bukan fakta yang mengejutkan kerana ini adalah sesuatu yang common. Bagaimana kita nak pastikan diri kita ini sentiasa dalam keadaan sihat?? Duduk di dalam pejabat yang beraircond selama 8 jam bukanlah sesuatu yang sihat...ingat tu!!

Semakin banyak manusia berfikir, semakin lemah pula kemampuan fizikalnya kerana jarang digunakan. Oleh itu kita perlu melakukan sesuatu agak kesihatan fizikal dan mental kita seiring agar kita dapat melaksanakan rutin harian dengan sempurna.

BAGAIMANA?


1) Apabila anda parkir kereta, cuba letakkan jauh sedikit dari pejabat anda agar anda anda boleh berjalan jauh untuk masuk ke pejabat. Berjalan merupakan salah satu senaman yang baik untuk kesihatan anda.


2) Selepas sejam duduk mengadap komputer, adalah lebih baik anda bangun dari kerusi dan membuat sedikit regangan agar peredaran darah menjadi lebih sempurna. Selain itu, anda dapat mengelak dari berlakunya cramp. Ini juga dapat merehatkan mata dan dapat mengelakkan kerosakan pada mata anda.


3) Membawa bekalan air putih sendiri dari rumah juga sesuatu yang baik. Air putih lebih sihat kerana ia tidak mengandungi kalori. Berehat sebentar dengan minum seteguk air putih dapat mengurangkan berlakunya dehidrat kerana tahukah anda berada 8 jam dalam pejabat beraircond boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan. 


4) Sesekali, pejamkan mata dan tariklah nafas dalam-dalam untuk memastikan oksigen sentiasa cukup dan sampai ke otak anda. Kekurang oksigen ke otak boleh menyebabkan anda lemah dan mengantuk. Sebab itulah tengah-tengah syok buat kerja, tiba-tiba anda menguap sedangkan anda tidak mengantuk. Jika ini berlaku, berehatlah sebentar. Itu adalah isyarat yang dihantar kepada otak untuk menyatakan anda sudah kepenatan.


5) Jika pejabat anda berada di tingkat 10, berhentilah di tingkat 8 atau 9 dan selebihnya naiklah tangga. Ini juga adalah satu langkah yang baik untuk kesihatan diri dan memastikan anda sentiasa cergas dan bertenaga.


6) Akhir sekali, bukalah jendela di pejabat anda seketika untuk pengudaraan yang lebih sihat.


********************

Walau di mana kita berada, kita haruslah sentiasa sihat mental dan fizikal. Kurus tidak bererti anda sihat dan tak perlu ambil tahu mengenai langkah-langkah penjagaan kesihatan diri. Kita hendaklah sentiasa bersedia kerana banyak penyakit zaman ini adalah disebabkan oleh kesilapan kita sendiri.

Ingat tu sayang-sayang semua. Jaga kesihatan diri ok. Sebelum kita nak orang lain sayang kita, kita kenalah sayang diri kita sendiri dulu...betul tak??


Till we meet again....
Salam sayang peluk cium dari Kak Lyn



********************


Nak order dengan harga menarik dan konsultasi percuma?
Boleh Hubungi saya:

Azlin bt Jaafar (Lin) : 012-3769117

Email: lindegreat@gmail.com
FB: Azlin Jaafar 


Pengedar Sah Shaklee, Khidmat COD Daerah Balakong, Seri Kembangan, Serdang dan kawasan sekitarnya



 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday 12 October 2015

TIPS BAKAR KALORI TANPA BERSENAM DI RUMAH


Nak kuruskan badan tapi malas nak bersenam. Tak tau dah macam mana lagi nak buat untuk menghilangkan setiap spare tyre yang memburukkan mata memandang. Tapi...tahukah anda tanpa bersenam juga anda mampu kurus?? Ada 4 cara yang paling simple anda boleh buat dan lebih best lagi aktiviti ini boleh dilakukan secara santai bersama orang-orang tersayang. Check it out!!




  Image result for susun atur perabot bersama-sama1) Susun atur perabot dalam masa 1 jam.

Tahukah anda, dengan hanya melakukan aktiviti di rumah juga mampu membakar kalori dengan banyak. Tak perlu berjogging keliling taman atau melakukan rutin aerobik bagi memastikan kalori dibakar lebih cepat. Dengan hanya melakukan pengubahan susun atur perabot di dalam rumah tanpa henti selama sejam, anda mampu membakar kira-kira 405kcal. Banyak bukan??



Image result for exercise2) Menari.



Menarilah dan bergembiralah bersama-sama keluarga anda di rumah. Aktiviti santai bersama keluarga pasti menyeronokkan. Bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama anak-ibu, dalam tempoh 45 minit tanpa henti itu anda juga mampu menyingkirkan 230kcal tanpa anda sedar. Hebat bukan??





Image result for hubungan seksual3) Hubungan intim

Ssyyy...ini adalah rahsia dalam bilik tapi ini adalah satu kenyataan yang anda perlu tahu. Setiap kali melakukan tanggungjawab "bersama" ini, anda boleh membakar sehingga 65 kcal. Just imagine aktiviti terlaksana at least 3 kali seminggu?? Setiap hari?? hahahaha...Solid badan kita oihh.. Nah, anda kira sendiri, buat calculation sendiri...We see how it goes...hehehe





Image result for bersiar-siar di taman

4) Bersiar-siar

Nah..bawak anak-anak anda beriadah di taman setiap petang...bonusnya...anda kehilangan 45kcal setiap 10 minit. Syaratnya anda perlu juga melakukan sebarang aktiviti walaupun sekadar berjalan-jalan. Bukan hanya duduk mengadap tab atau smartphone tau...


********************


Mudah kan?? Hanya bersama-sama keluarga dalam sejam, banyak kalori yang boleh disingkirkan dari badan kita. Nak kurus mudah...cuma antara nak atau tidak. Buangkan sifat MALAS dalam diri...pasti berjaya nanti. PERCAYA lah!!

Salam sayang semua dari Kak Lyn. Jangan malas-malas yer..


********************

Nak order dengan harga menarik dan konsultasi percuma?

Boleh Hubungi saya:

Azlin bt Jaafar (Lin) : 012-3769117

Email: lindegreat@gmail.com
FB: Azlin Jaafar 


Pengedar Sah Shaklee, Khidmat COD Daerah Balakong, Seri Kembangan, Serdang dan kawasan sekitarnya




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit