Wednesday 14 October 2015

HILANGKAN TEKANAN DENGAN WANGIAN


Tiada siapa pun yang ingin dibelenggu dengan rasa sedih dan stress. Biasanya stress terjadi akibat tekanan di tempat kerja atau masalah rumahtangga. Bagaimana untuk mengatasinya? Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk menghilangkan rasa stress dan sedih mereka. Ada yang pergi membeli-belah, makan-makan atau bercuti. Apa kata kali ini anda cuba atasi masalah dengan mencium beberapa haruman untuk membangkitkan rasa bahagia dalam diri.


Bunga bukan lagi rahsia kerana aroma bunga menjadi salah satu aroma yang menenangkan. Contohnya mawar, lavender, melati dan beberapa jenis bunga yang lain. Ia bukan sahaja memberi ketenangan tetapi juga mengurangkan insomnia dan depresi.


ROSEMARY


Wangian ini berhubungan dengan perasaan bahagia dan mempunyai kemampuan untuk menurunkan kadar kortisol. Rosemary terbukti dapat mempengaruhi prestasi dan suasana hati. Ia sesuai digunakan atau diletakkan di tempat kerja.


LAVENDER

Ia berkaitan dengan kesan yang menenangkan anda sehingga memberikan perasaan nyaman. Sesuai digunakan pada waktu malam ketika tidur. Malah menjadi pilihan yang sesuai untuk mereka yang ingin bersantai.


PUDINA


 
Ia terbukti dapat meningkatkan memori dan fokus. Bagi anda yang masih belajar dan bekerja yang memerlukan tumpuan tinggi, aroma ini sangat disarankan untuk meransang otak.


LEMON


Aroma yang segar ternyata mampu memberikan kesan anti depresi. Malah ia juga dapat memperbaiki mood anda menjadi lebih baik. Selain itu, aroma buah ini boleh meningkatkan tenaga, mengurangkan stres dan memberikan kesan positif kepada orang lain.


BAU RUMPUT


Menurut penelitian dari Australia, bau rumput yang baru di potong ternyata dapat membuatkan seseorang itu lebih santai dan gembira. Bau ini sangat kuat dan boleh membantu mengurangkan tekanan seiring dengan usia yang semakin meningkat.


BEDAK BAYI






Bau bedak bayi ternyata dapat merangsang rasa bahagia dan mengingatkan anda memori kebahagiaan ketika masih kanak-kanak dahulu.



RINTIK HUJAN



Suara rintik hujan adalah suara yang sempurna untuk mencipta suasana yang lebih menenangkan. Ia juga dipanggil "white noise" ~ suara biasa meneutralkan fikiran, menenangkan fikiran selepas seharian dengan kesibukan dan tekanan. Malah anda boleh tertidur dengan nyenyak di saat anda mendengar suara rintikan hujan.


Kredit utk: Majalah Rapi


Jangan stres-stres lagi sayang-sayang semua. Ada banyak cara untuk menangani stres ni. Wangian ni cuma salah satu cara. Menangis pun boleh...menjerit pun boleh. Pilihlah yang mana sesuai untuk kita. Tapi walau apa pun, luahkanlah kepada Yang Esa, itu yang terbaik.

Till we meet again sayang semua.
Love just ain't enough...
~kak lyn~



********************


Nak order dengan harga menarik dan konsultasi percuma?
Boleh Hubungi saya:

Azlin bt Jaafar (Lin) : 012-3769117

Email: lindegreat@gmail.com
FB: Azlin Jaafar 


Pengedar Sah Shaklee, Khidmat COD Daerah Balakong, Seri Kembangan, Serdang dan kawasan sekitarnya



 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

0 comments:

Post a Comment