Tuesday, 21 April 2015

Hanya dengan 30 minit, untuk mendapatkan perut yang MANTAP


perut boroi

Assalamualaikum...

OMG!!! Seluar dah tak lepas nak butang!!!
Alamak!!Zip pun payah nie...
Arghh!!!Tensi nya...nak tunduk pun tak boleh...

Anda mengalami masalah di atas??? Bila tengok dicermin nampak bonggol bertingkek-tingkek?? Buruk bukan?? Nak tahu cara untuk menghilangkan spare-tyre tu?? Mudah sangat. Buat kat rumah sambil tengok tv pun boleh. Sambil layan anak-anak bermain pun boleh. Malah tak ambil masa yg lama pun. Hanya 30 minit...Tak percaya???

Pernah anda dengar SENAMAN PLANK? Senaman plank adalah senaman keseimbangan tubuh yang dilakukan di atas sekeping papan sebagai alas. Tapi sekarang ni kita dah ada tikar senaman yg jauh lebih lembut. So, kalau jatuh takde ler sakit sangat kan...

Basic senaman plank

 Tahukah anda Senaman Plank ini sesuai utk kaum wanita?


#1- membantu mempercepatkan proses menguruskan badan dan menegangkan otot-otot bahagian abdomen

#2- memperbaiki struktur badan

#3- membantu membentuk posture tubuh yang menarik

#4- mengempiskan perut dan bahagian abdomen

#5- senaman ini boleh dilakukan di mana-mana. Dalam rumah sambil tengok tv pun boleh

#6- tidak mengambil masa yang panjang

#7- boleh dilakukan pelbagai teknik mengikut kreativiti dan kemampuan diri-sendiri




Korg teringin nak mulakan senaman plank, lakukan mengikut kemampuan sendiri. Di sarankan sebagai permulaan, korg melakukan setiap teknik selama 30 saat hingga 1 minit. Setelah biasa, boleh menambah masa lebih lama untuk memberi impak yang lebih kepada bahagian perut dan abdomen.


Selain itu, korg perlu memastikan teknik pernafasan yang betul jugak. Sebab ia juga memainkan peranan dalam memastikan senaman plank ini berjaya dan memberi kesan terbaik. 

Dan 1 lagi, untuk menghasilkan keputusan yang optimum dan mempercepatkan proses inch loss, jangan sesekali lupakan magic powder dan juga teamix untuk meningkatkan metabolisma. Penting tau tingkatkan metabolisma ni dalam usaha mebuang lemak-lemak tepu!! 
Secara purata, kita boleh membakar sebanyak 110 kalori dengan melakukan senaman plank selama 30 minit.


TEKNIK-TEKNIK BASIC SENAMAN PLANK



 


 Agak-agak dah stabil...otot tangan dah kuat untuk tampung berat badan tu, try lah plak buat 30 hari Plank Challenge seperti di bawah ni. Selepas 30 hari, kompom stomach muscle dah muncul. Tak dapat 6 ketul pun, yang penting takde lah seketul yang menggelebeh...ye tak?? hehehe








Selamat mencuba sayang-sayang semua. Satu lagi TIPS saya lupa nak share. Senaman ni atau apa saja cara yang korg nak buat, mesti berterusan...jangan give-up...tekun...sabar... 
Pasti nanti akan membuahkan hasil. PERCAYALAH!!


Sampai bersua lagi...Assalamualaikum..

Thursday, 9 April 2015

Asam Tempoyak Ikan Patin Kegemaran Keluarga

Asam Tempoyak Ikan Patin


Assalamualaikum...

Tengok jer tau...terliur??/ Memang best!!! Pekat, melekat...perghh...(hahaha...masuk bakul nampaknya)
Itu adalah lauk malam tadi. Tak sempat nak upload. Lepas makan; kekenyangan... 

Asam Tempoyak Ikan Patin adalah kegemaran kami sekeluarga especially anak yang sulung. Suka yang amat. Masa masak semalam, baunya semerbak memenuhi ruang rumah. Memang cepat laparnya. Tak sabar-sabar masing-masing nak makan. Walaupun agak pedas, si kecik Nazmi (2thn 4bln) hirup jugak kuah tu tau...boleh tahan jugak si kecik ni...

Meh nak share sikit resepi ni.

Asam Tempoyak Ikan Patin


Seekor ikan patin (dipotong & dibersihkan)
Tempoyak (agak2 ler nk pekat mcm mana)
Cili padi (suka hati ler nk pedas mcm mana)
Kunyit hidup (1 1/2 inci)
Bawang merah (10 biji)
Asam keping (2-3 keping)
Daun kesum (sikit jer)
Garam secukup rasa.

Cara-cara:

1. Cili api, kunyit, bawang ditumbuk sehingga hancur
2. Kemudian masukkan dalam periuk bersama asam keping
3. Masukkan tempoyak. Kacau dan sukat sendiri tahap kepekatan yang anda suka
4. Agak-agak nak menggelegak, masukkan ikan.
5. Tunggu hingga menggelegak sikit dan masukkan daun kesum.
6. Hampir siap; masukkan garam dan rasa.
7. Pastikan masin, masam dia cukup mengikut selera sendiri.

Dah siap...daa...

Selamat mencuba.

Wednesday, 8 April 2015

Apa itu DIET??






Alhamdulillah...Rezeki dari Allah. Hari ni makan tengah hari ditaja...cheewah..ada orang belanja laa. Menu pilihan adalah NASI AYAM KAMPUNG dari KAMPUNG BARU. Perghh...memang best!! Finger linkin' good uolss...yummylious...

Bila dah orang nak belanja tu, tak boleh nak tolak ler kan. Mak pun selalu pesan..."Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari" (alasan ler tu nk makan byk2..hehehe). Kuantiti nasi boleh tahan banyaknya (kompom abis punye..), ayam kampung goreng (quarter), sambal bilis, sayur taugeh, sambal belacan dan ada kuah kari. Macam ni punya gaya melantak; macam mana nak kurus agak-agaknya?? Terbarai diet gua beb!!

Sebut-sebut pasal diet ni, apa diet tu?? Orang kita ni kalau sebut diet maksudnya "tak makan". Conversation biasa yang kita dengar...

Si A : B, ko tak keluar lunch ke?
Si B : Takpe lah. Ko keluar dulu. Aku diet ni.

Lorr...memang itu ker maksud diet??? Oh no...no...no..salah tu dek non oii!!


APA MAKSUD DIET??


 
Maksud diet yang sebenarnya adalah sesuatu pilihan makanan, yang dipilih atau ditentukan khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seseorang atau untuk menghalang atau merawat penyakit; contoh diet rendah gula untuk mencegah atau mengawal penyakit diabetes.

Dalam erti kata lain, diet ni mengikut pola makan yang betul. Cukup segala zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Ada protein, karbohidrat, lemak, vitamin dll.

Kalau kita ni jenis yang kuat makan, kita harus bijak dalam menangani nafsu makan kita. Al-maklumlah...selama ni selamba jer makan selagi mampu. Bila umur meningkat, metabolisma dah kurang, mulalah cepat naiknya berat badan kan. So, untuk mengatasinya kenalah cari tips-tips dalam menangani nafsu makan tu...

Jadi lepas ni dah takmo dengar lagi "Aku takmo makan. Aku diet ni." Nak diet, mesti makan. Malah makannya lebih kerap tp dalam kuantiti yang sikit. Btw, bukan kunyah junk food tau!!



Salam sayang..



Tuesday, 7 April 2015

Kurus tak bererti sihat. Tapi benarkah Gemuk itu Awesome???

 

Assalamualaikum...


Gemuk itu awesome...perghh trending betul kan?? Gara-gara statement yang keluar dari mulut Abam Bocey setelah menang anugerah di ABPBH, Kategori Artis Komedi Lelaki Popular malam Ahad lalu. Rata-rata orang ramai mula menggunakan statement itu.


Jangan dipertikai statement Abam itu. Mungkin dia mempunyai pendapatnya sendiri. Mungkin juga dia nak bagitau dunia orang gemuk juga sudah mendapat tempat di hati peminat. Bukan yang kurus, kacak & sado je boleh menang anugerah. Yang comel, chubby & montel pun dipandang orang sekarang. Yang penting bakat...kan..kan..kan..

Hari ini, pakar kecergasan dan kesihatan Kevin Zahri pula mengeluarkan pendapat peribadinya berkenaan Gemuk itu awesome itu. Secara ringkasnya Kevin teringatkan Allahyarham Bob Kuman yang terkenal dengan lawak dan kegemukan dan akhirnya terdedah kepada masalah kesihatan. Dengan keadaan persekitaran, pemakanan, kerja-kerja harian yang serba mencabar pelbagai masalah akan muncul dan sementelah dengan berat badan yang membataskan pergerakkan, pelbagai masalah akan timbul kelak. Dari itu, Kevin Zahri mempelawa sesiapa yang ada masalah kegemukkan dan kesihatan dan ingin mengubah cara hidup mereka, Kevin Zahri dan team sedia membantu. So; ada yang berminat?? Tapi....ada syaratnya tau... Syaratnya adalah KITA sendiri yang ingin berubah. Bukan sebab orang lain suruh. Ia mesti datang dari dalam diri kita sendiri. Ingat tu. TIADA PAKSAAN ok!!

Macam-macam kan. Gemuk memang mudah terdedah kepada masalah kesihatan tapi tak bermakna orang kurus itu sihat. Dunia sekarang kita terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Tak kira umur, muda atau tua. Sesiapa sahaja boleh terkena. Paling mudah, kita cuba amalkan cara hidup sihat....abis cerita.


Jom kita tengok sikit RISIKO PENYAKIT yang mudah dihidapi bila kita gemuk (obesiti)




 Bahaya jugakan!!
 Yang kat atas tu risiko penyakit Meh kita baca pula:-


MASALAH-MASALAH yang perlu dihadapi  


Senang dapat penyakit - Tak kata ler orang kurus sihat memanjang kan...Ada gak yang berpenyakit. Tapi kalau cerita risiko, memang yang gemuk ni lah yang senang dapat penyakitnya....lebih-lebih lagi yang 3 serangkai tu...Jantung, kencing manis & darah tinggi... Nauzubillah...

Susah Solat - lebih-lebih lagi masa nak bangun berdiri selepas duduk...pergh...berat sungguh !!

Susah cari seluar dan baju - Yang ni memang tak tipu. Susahnya nak cari seluar jeans...huwaaa. Baju kira ok lg tau...kat plus size banyak. Tang seluar...mmg nanges!!

Susah naik public transport - Saya ni memang turun naik tangga pergi kerja. Naik monorel-LRT-komuter. Memang sangat mencabar bila dari jauh ternampak train dah sampai dan kita kat hujung tangga. Termengah-mengah berlari uolls. Tertinggal nanti kena tunggu lama la pulak kan...fuhh..

Tiada keyakinan diri - Betul lah kot. Segan jer kalau orang suruh bercakap di depan khalayak ramai. Kalau bergambar pun dok menyorok belakang orang. Pakai baju pun kaler malap jer...cover saiz ler tuu...
 
Susah Dapat Anak -  Yang ni based on doctor nyer statement arr. Pengalaman mengenai ni takde lah pulak. Tapi, rata-rata pasangan yang lambat sikit dpt anak dan badan besar sikit, doctor sering nasihatkan suruh turunkan berat badan. Betul tak???


Cepat Penat - SEMPUT!! Itu perkataan paling senang...buat keje sikit, terjelir lidah dibuatnya. Togok air macam dan berminggu tak jumpa air...kesian... :(


Tidak Menarik - Bukan ler kata tak cantik kan...tapi sifat manusia ni mmg macam tu...fitrahnya suka yang kurus, selim-melim. Maklumlah, pakai kebaya tp nampak "spare tyre". Memang ler nak menarik kan???


Ho..ho..ho...Tepuk dada tanya diri. Yang mana satukah pilihan hati?? Hidup ni sentiasa ada pilihan. Kenyataan "saya takde pilihan" tu sebenarnya tak wujud. Kita je yang selalu menyalah-gunakan ayat tu. Kita kata "takde pilihan" sebab kita nak melepaskan diri kita dari dipersalahkan. So; fikir-fikirkanlah... 

Salam sayang..



* kredit to: Profhariz

Tuesday, 10 March 2015

K.U.R.U.S ~> Kalau Untuk Rasa hebat, Ubah Sikap


Assalamualaikum...

Lamanya tak bersiaran....lamanya tak menulis...lamanya tak share sebarang cerita di sini...Kenapa??? SIBUK??? orang lain lebih sibuk barangkali...Tak cukup masa??? Setiap umat manusia diberi 24 jam sehari juga. Kerana itu
saya tiada jawapan untuk soalan di atas...hehehe

Semalam saya ke kelas "Kembara ASB 2015" anjuran Master Lyna Noh dari  I-Reach bertempat di Bangi. Kelas dari jam 9.00 - 1.00. Kelas berkisar tentang Strategi & Asas Marketing Offline, Online untuk Shaklee. Ada ilmu2 baru yang saya dapat pelajari sepanjang berada di kelas tersebut. Saya bukan nak bercerita tentang Kembara ASB 2015. Ada perkara lain yang saya share di sini.

Berakhir kelas, ada sessi bergambar beramai-ramai semua peserta yang menghadiri kelas berserta tenaga pengajar. Gambar untuk kenang-kenangan. Sebagai tanda kita dah hadiri kelas. Dah bergambar; bermulalah sesi meng'upload' dalam FB, Whatsapp dan Telegram. 
Haaa....di sini segalanya bermula...

"Dalam ramai-ramai tu ada 2 org yang saya tak cam..."


"Kak Lin ke tu??? Awat lain sangat??"


Agak-agak korang kenapa ler dorg ni wat statement tajam menikam gitu?? Dah mmg tak cam...sbb tu ler tanya kan... Apa yang berbeza sangat sampai tak kenal tu??? Dah buat face-lifted ke?? Atau lipo-suction?? Rebonding?? Bleaching??? Haahaahaa...Semua jawapan di atas adalah salah... Jawapan yang betul adalah...
Kak Lin dah GEMUK!!! 


************************************

Tipulah kalau tak terasa. Tipulah kalau tak terkesan dengan statement di atas. Dek kerana itu Kak Lin terasa macam nak buat sesuatu. Menanam 1 azam. Kalau dah gemuk tu, mestilah nak kurus kan... Setakat berazam tanpa tindakan pun tak jadi gak. Sebelum tu kak Lin dah buat 1 motto baru...hihihi...

K - Kalau

U - Untuk

R - Rasa HEBAT

U - Ubah

S - Sikap

Apa tindakan yang bakal Kak Lin lakukan??? Tungggguuuuu.... 
Kak Lin akan share lagi nanti..


Wassalam..






I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 


Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, 1 January 2015

Selamat tahun baru 2015


































I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit




Saturday, 20 December 2014

SENYUM ITU SEDEKAH


Assalamualaikum...

Kenapa SENYUM?? Nak tau?? Hari ni hari terakhir dalam Projek RTI (II)...40+30 hari. Macam tak percaya berjaya juga mengharunginya. Selama ni memang tak yakin langsung...sebab tu tak join Projek RTI (I)...hihihi. Cuma kali ini kugagahi jua...mencabar diri-sendiri...Alhamdulillah...



Senyum – Malique & Najwa


Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

Senyum :)


Buat Neni Wan Fatihanum, dan Mak Ila...TERIMA KASIH. Harapan saya besar dengan Shaklee ni. Moga saya juga boleh berjaya seperti kalian...

Sekian...Wassalam.


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 

SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 

Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 19 December 2014

KESAN DAN AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B-COMPLEX DALAM TUBUH KITA


Assalamualaikum...

Semalam ada sahabat saya bertanyakan perihal B-Complex. Kenapa perlunya B Complex  sebagai supplement harian?? Apakah kesannya jika kita kekurangan B Complex dalam tubuh kita.


Ada orang kata....makan vitamin B-Complex nie nanti boleh jadi gemuk. Tapi sebenarnya, bukan vitamin yang menyebabkan kegemukan. Kegemukan mudah berlaku bila makanan tidak dapat ditukarkan kepada tenaga sepenuhnya. Vitamin B-Complex memainkan peranan yang penting dalam tubuh kita kerana ia dapat berfungsi seperti starter plug yang akan menukarkan gula menjadi tenaga. Bila makanan dapat ditukarkan sepenuhnya menjadi tenaga, maka risiko kencing manis dan kegemukan dapat dielakkan.


Tanda-tanda tubuh kekurangan B-Complex


Di antara tanda-tanda jika anda kekurangan vitamin B-Complex ialah:~
  • sensitif
  • terlalu defensive
  • minda yang tertutup
  • keletihan
  • mudah marah
  • mudah merajuk
  • emosi yang tidak stabil
  • kemurungan
  • sembelit
  • mudah panik
  • darah gemuruh
  • kurang selera makan
  • kulit wajah nampak kusam

Vitamin B-Complex adalah vitamin larut air. Ia mudah musnah bila kita stress, penat, terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari, dan bila kita minum banyak air. Selain itu, pengambilan gula dan kafein yang tinggi, pil perancang keluarga dan ubat penahan sakit boleh memusnahkan vitamin B-Complex yang sedia ada.

Bagi mereka yang mengambil pil perancang keluarga, mereka sebenarnya memerlukan keperluan vitamin B-Complex yang tinggi.

Vitamin B-Complex juga bukan hanya sekadar memastikan kita dapat menangani stress dengan sebaiknya, malah ia memberikan impak yang besar kepada perasaan dan sikap kita secara tidak langsung.

Bagi ibu menyusu, kestabilan emosi sangat penting dalam memastikan penghasilan susu tidak terjejas. Mood ibu untuk mengepam akan terganggu apabila si ibu mengalami ketidakstabilan emosi dan keletihan yang berlebihan. 

Oleh itu, apabila keperluan vitamin dalam tubuh dapat dipenuhi ia secara tidak langsung akan memberikan kesan yang besar kepada kesihatan, bukan saja ibu menyusu malah kita semua. Bagi ibu menyusu tentunya mereka perlu memastikan diri mereka sentiasa dalam keadaan yang sihat. Badan yang sihat bukan saja mempengaruhi sesi perahan dengan baik, malah ia juga dapat memastikan kita mudah menguruskan rumah tangga, dapat menunaikan tanggungjawab kepada suami dan sentiasa bertenaga.

Mungkin ada sesetengah yang berpendapat mereka sudah dapat zat yang mencukupi dengan masak sendiri setiap hari. Namun tahukan anda zat makanan mudah hilang dengan cara masakan, cara penyimpanan, dan cara penyediaan kita?

Meh baca testimoni-testimoni kat bawah ni...

Testimoni B Complex
Kalau minta suggest dr saya, opkos ler saya suruh amik B Complex Shaklee jer. Takyah pening-pening. Hanya sebiji sehari dah berjaya menampung keperluan vitamin B dalam tubuh anda.

Nak TRY?? Hubungi segera. Saya akan bantu anda sebaik boleh.

Sekian Wassalam.


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 17 December 2014

1001 KEBAIKAN, KELEBIHAN DAN MANFAAT VITAMIN E YANG PERLU KITA AMBIL TAHU



Assalamualaikum...

Sebelum ini saya pernah share pasal Vitamin E. Vitamin E ni memang antara vitamin yang menjadi pilihan ramai. Tak kira lelaki mahupun wanita. Banyak khasiat,kebaikan dan manfaat yang boleh didapati bila mana kita konsisten dengan pengambilan pil ini.

Vitamin E mudah didapati di farmasi-farmasi di luar sana. Ada pelbagai pilihan mengikut brand atau mengikut bajet anda. Di sini saya share sedikat panduan bagaimana memilih vitamin E.


PANDUAN MEMBELI VITAMIN E


Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 


Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.


KENAPA MEMILIH SUMBER ASLI?

Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan. Ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.


APA FUNGSI DAN MANFAAT VITAMIN E

VITAMIN E bertindak sebagai:
 
  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi

VITAMIN E DAN EKSTRAK BIJI ANGGUR

Dan yang istimewa tentang Vita-E Complex ini ialah ia diperkaya dengan GRAPE SEED EXTRACT yang menambahkan lagi khasiatnya.

  Kebaikan kesihatan grape seed extract
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan

Haa...banyakkan kebaikan vitamin E  ni untuk kita kan. Harga sebotol Vitamin E adalah RM149. Bualan Disember ni adalah bulan promo Vitamin E. So, harganya tergolek-golek jatuh. Kalau ada yang berminat, boleh hubungi saya segera.


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

7 sebab mengapa SR Vita C Plus lebih ISTIMEWA berbanding vitamin C yang lain


1 Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

2 Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar. 

3 Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema. 

4 Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan. 

5 Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. 


6 Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. 

7 Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi. 



SIMPTOM-SIMPTOM AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN C?



  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah 
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar Luka yang lambat sembuh 
  • Mudah selsema / bersin 
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen) 
  • Mudah dapat ulser 
  • Mudah demam / antibodi tak kuat 
  • Gusi berdarah 
  • Salur darah mengecil 
  • Sakit sendi 
  • Tanda lebam pada badan 
  • Weight loss (bukan kurus sihat tapi kurus yang tak sihat, lemah dan kusam) 



TESTIMONIAL SR VITA C PLUS


Tips elakkan demam selsema
Tips tingkatkan sistem imun

Tips hilangkan sebu perut & mual

Tips cerahkan perut slps bersalin

Kulit tangan lembut

Tips crahkan kulit dan lingkaran bawah mata

Nah...bukan sikit tau yang berpuashati dengan produk Shaklee especially Vitamin C ini. Lihat sahaja testimoni yang sy share ini. Tp...ada byk lagi sebenarnya...

Harga retail SR Vita C Plus ini RM92.50 dan jika diambil 1 bj sehari ia boleh bertahan sehingga 6 bulan lamanya. Dengan hanya berharga RM0.50 sehari, ini menunjukkan harganya tidaklah semahal seperti yang sering diwar-warkan.

Berminat ingin mencuba??
Ayuh hubungi saya untuk mendapatkan harga yang istimewa..


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 
AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 16 December 2014

JOM MAIN MASAK-MASAK #5~BUBUR AYAM UTK SI SAKIT


Assalamualaikum

Hari ni nak kongsi resepi bubur ayam simple yang sesuai utk mereka yang sakit tekak or macam tak selera jer nak makan.
Kalau kat rumah kitorg, bubur ni tak yah tggu orang sakit...
sebabnya ini juga di antara makanan kegemaran
anak-anak.

***************************

Bahan-bahan
Segenggam beras
Kiub ayam 
2 bj bawang merah (dimayang)
Batang saderi (dimayang) 
 Isi ayam yg dipotong dadu
Bawang goreng (utk hiasan)

Cara membuatnya:

Beras dimasukkan bersama setengah periuk air. Dimasak di atas  api sehingga kembang dan hancur. Masukkan isi ayam, bawang merah, batang saderi kedalam periuk. Masak sehingga air agak kering dan bubur menjadi pekat. Kacau dan tutup api.
Taburkan dgn bawang goreng. Sedia utk dimakan.

*************

Tada....dah siap. Simple jer tp sedap sangat. Korg cuba try. 
Sure lps ni tak try dah resepi lain.

~SELAMAT MENCUBA~







I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit




Sunday, 14 December 2014

Rahsia kulit selembut sutera dan cerah berseri tanpa celaan



Assalamualaikum...

Semalam kita cerita mengenai pencuci muka Nutriwhite yang awesome. Hari ni jom kita baca sikit mengenai full set Nutriwhite Skincare ni.


SET NUTRIWHITE SHAKLEE


Full Set Nutriwhite

Ia dihasilkan daripada bahan semula jadi dan bebas bahan kimia. Bila dah bebas dari bahan kimia ni, maknanya ia selamat digunakan. Bila selamat; kita pun tidak ragu-ragu untuk menggunakannya. Selain itu ia juga amat berkesan untuk penjagaan kulit muka.

Set ini menggunakan bahan-bahan seperti rumpai laut, alga hijau dan strawberi begonia sebagai bahan asas.

Untuk yang menggunakan full set produk Nutriwhite, saya sertakan langkah-langkah dan cara penggunaan set ini:



Kalau taknak beli full set, boleh juga amik Set Asas je. Set asas terdiri daripada:

Set Asas Nutriwhite
  1. Pencuci muka ~ Gentle Deep Foaming Cleanser
  2. Krim muka ~ Ultimate Protection Whitening Lotion
  3. Toner ~ Soothing Radiance Whitening Softener


Setakat amik 3 barang asas je pun dah cukup. Al-maklum, kot nak beli banyak; membazir lak kan kalau tak pakai. Cuba yang ini dulu. Kemudian, rasa nak tambah yang lelain boleh beli lagi. Untuk buat bajet, saya sertakan pulak senarai harga untuk semua barangan Produk Nutriwhite.


Senarai harga Produk
Nutriwhite


Mahal?? Apalah sangat kalau nak dibandingkan ngan S**I atau E***e L**D** kan..kan..kan.. Orang kata, "Alah membeli, menang memakai."

Kalau korang berminat nak mengetahui lebih lanjut lagi, boleh hubungi saya segera. Insha Allah saya cuba sedaya mampu.

Nak COD?? Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di kawasan Balakong/ Serdang/ Seri Kembangan/ Jln Raja Chulan.



I'm Your SHAKLEE Independant Distributor

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971  
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit