Friday, 5 December 2014

PETUA DOLU-DOLU...



Assalamualaikum...

Jom kita baca lagi PETUA-PETUA orang lama. Saya suka nak share sbb kadang2 masih relevan untuk kita guna ketika di dapur. 


HINDARI PEDIH BAWANG

~ Nak tahu cara menghindari masalah pedih mata akibat bawang? Senang sangat!! Caranya; masukkan bawang ke dalam bekas berisi air dan rendamkannya seketika. Kemudian, potong bawang tersebut sebelum merendamkannya semula ke dalam air tadi. Siap...Sekarang mata anda pasti tidak pedih lagi.



TAUHU TIDAK MASAM

~ Bahan yang disimpan terlalu lama akan busuk. Begitulah juga dengan tauhu. Kini ada petua yang boleh digunakan agar tauhu tahan lama dan tidak masam. Mula-mula, bilas tauhu dengan air sehingga bersih. Selepas itu sapukan garam ke seluruh permukaan tauhu dan simpankannya ke dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan barulah dibilas semula.



RANGUPKAN BAWANG GORENG

~ Sebelum menggoreng bawang yang telah dimayang, gaulkan bawang-bawang itu dengan tepung gandum terlebih dahulu. Apabila kesemua bawang-bawang tersebut sudah diselaputi dengan tepung, barulah ia digoreng dengan menggunakan api yang perlahan sahaja. Nah!! bawang goreng akan lebih rangup dan sedap rasanya. Cubalah!!



AGAR-AGAR CEPAT BEKU

~ Agar-agar atau puding adakalany lambat membeku jika terlebih airnya. Bagi mempercepatkan proses pembekuan, sejukkan loyang agar-agar yang ingin digunakan di dalam peti sejuk (bahagian beku). Apabila ia sudah cukup sejuk, isikan agar-agar di dalamnya.. Hasilnya sangat memuaskan.



Ok. Cukup 4 dulu untuk kali ini. Jika ada lagi yang saya terbaca dan sesuai untuk kita-kita; saya akan share kan lagi di ruang ini. Sampai ketemu lagi...

Wassalam...


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 
AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, 4 December 2014

KHINZIR OH KHINZIR



Fakta Mengenai KHINZIR yang kita tak tahu

- Dari segi genetik,babi mempunyai persamaan DNA yang hampir serupa dengan manusia.Sebab itulah banyak ujian perubatan dijalankan ke atas babi sebelum digunakan oleh manusia.


- Jantung babi pernah digunakan untuk  menggantikan jantung manusia sementara menunggu penderma yang sesuai.Insulin juga diambil dari pankreas babi,kerana ia lebih hampir dengan struktur kimia manusia.


- Genetik menyerupai manusia boleh sebabkan penularan penyakit antara spesies(cross spesies) .Sekiranya ini berlaku,wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru.


- Wabak virus nipah telah menimbulkan dua pilihan,menghapuskan manusia yang berhampiran babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia.Hasilnya, kesemua ternakan babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama seklai bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling.


- Menjadi hos bagi cacing pita dan manusia adalah sebagai hos kedua.Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna,mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yangtidak sempurna semasa penyembelihan babi,membolehkan cacing pita merebak.


- Sistem biokimia babi mengeluarkan hanya dua peratus dari seluruh kandungan asid uriknya,sedangkan 98 peratus lagi sisanya tersimpan dalam tubuh, menyebabkan ia adalh haiwan yang sangat kotor!!!! 











I'm Your SHAKLEE Independant Distributor

 AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 3 December 2014

KESAN PENGAMBILAN VITAMIN C & VITAMIN E SECARA KONSISTEN

 

 Assalamualaikum...

Dok cerita pasal Promo December ni tak sah lah kalau kita tak share cerita pasal mereka yang dah berpuas hati dengan hasil pengambilan Vitamin C & Vitamin E kan. Bak kata pepatah...tak tumbuh tak melata; tak sungguh orang tak kata..

Banyak sangat sebenarnya testimoni-testimoninya. Tanya lah En Google... perghhh...berderet keluar beb. Ini sebahagian yang saya boleh kongsikan dengan korg pembaca yang setia.. Korang baca dan nilaikan sendiri..ok.

 
 Testimoni 1
Kulit cerah berseri
Kulit cerah berseri
  
Testimoni2
kesan pengambilan Vitamin C & Vitamin E
Pudarkan parut pada muka


Testimoni 3
Kesan pengambilan Vitamin C & vitamin E
Cantik gebu-gebas


 Testimoni 4
Kesan pengambilan Vitamin C & Vitamin E
Nak cantik macam J-lo??

Korang taknak ke kulit muka yang bersih tanpa celaan macam mereka di atas ni??? Nak?? Bertindaklah segera!! Harga promo...memang korg tak percaya. OMG ~ OH! MURAH GILER... 

Cepat!!! Hanya di bulan DECEMBER

 
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 2 December 2014

YEAR END SALE 2014~VITAMIN C & VITAMIN E

 

Assalamualaikum...

Kecoh...memang kecoh seharian semalam. Mana taknya...Shaklee buat kejutan dengan menawarkan DOUBLE PROMOTION untuk 2 Vitamin yang sentiasa menjadi rebutan dan mendapat tempat di hati pengguna tegar Shaklee.

Apa yang ditawarkan???

Tawaran Pertama:

Beli 6 Percuma 1
Beli 6 botol Vita C Percuma 1 botol Vita C yang bernilai RM92.50 sebotol
atau..

Beli 6 botol Vita E Percuma 1 botol Vita E yang bernilai RM149 sebotol
-juga dengan keahlian percuma dan cash bonus!!

 

~ ATAU ~


Tawaran Kedua:

Beli 2 dapat diskaun 5%

Beli 2 botol Vita C dapat potongan harga 5%
Beli sebotol RM92.50, Beli 2 botol anda dapat dengan harga RM175.75 sahaja..
Jimat RM9.50!!

Beli 2 botol Vita E dapat potongan harga 5%
Beli sebotol dapat RM149, Beli 2 botol anda dapat dengan harga RM283.10 sahaja..
Jimat RM14.90!!







Korang tau tak Vitamin C & Vitamin E ini adalah 1 gabungan yang baik bagi mereka yang pentingkan kecantikan. Kedua-duanya adalah vitamin  antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh kita dalam menempuh kehidupan harian. 

Sepintas lalu manfaat kedua-dua Vitamin ini:~


Vitamin C Sustained Released
  * Membentuk kolagen * Mencantikkan kulit * Menghilangkan jerawat * Meningkatkan sistem imun badan * Memerangi kanser   

Vitamin E
* Memudarkan parut jerawat dan berlubang * Atasi masalah kulit kering * Mengecilkan pori-pori wajah * Membantu meningkatkan kesuburan suami * Anti penuaan * Baik untuk jantung * Mengawal kolestrol
 
psst:~ korg tau tak NORMAL PRICE twin pack Vit C + Vit E adalah RM242 dan jika beli skrg; anda akan jimat berganda-ganda!!! 
 
 
Harga runtuh set kecantikan
set asas kecantikan kulit
 
 
Bagaimana nak dapatkannya?? Just wassap saya di 012-3769117 pada kadar segera. Jangan ketinggalan...  
 
 
Sumber gambar: Google
 

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, 1 December 2014

TIPS MENINGKATKAN METABOLISME


Assalamualaikum...

Hari ni kat opis orang sibuk pasal nak diet, nak kurus, nak pergi gym...blablabla... Ini semua gara-gara dapat berita sorg officemate masuk IJN akibat sesak nafas dan sakit dada. Kecoh lagi sebab member ni tak hisap rokok. Cuma saiz badan agak berisi. Dek kerana itu, isu nak kuruskan badan demi kesihatan timbul..

So, saya nak share sedikit ilmu sebelum kita sibuk-sibuk nak kuruskan badan.




TIPS MENINGKATKAN METABOLISME

Mengapa metabolisme tubuh rendah??
Berikut merupakan antara faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut.

  • Diet rendah kalori
  • Pengambilan makanan /minuman tinggi gula
  • Kurang bersenam
Cara mudah meningkatkan metabolisme tubuh


  1. Elakkan skip atau tangguh waktu makan
  2. Bersenam setiap hari
  3. Minum air sebanyak 8-10 gelas setiap hari
  4. Elakkan alkohol
  5. Kurangkan gula
Makanan peningkat metabolisme tubuh



  • kumpulan gandum yang kaya serat spt roti gandum, bubur gandum dan sereal bijian
  • kumpulan daging berprotein tinggi spt daging lembu yang tidak berlemak dan dada ayam tanpa kulit
  • kumpulan ikan air laut yang kaya dengan Omega 3 spt ikan salmon, tuna dan sardin
  • kumpulan cili yang mengandungi zat aktif  'capsaicin'
  • kumpulan sayur-sayuran spt brokoli, lobak merah, dan sayuran hijau spt sawi, bayam & kangkung
  • kumpulan buah-buahan serdehana manis dan berserat spt epal, belimbing dan pir
  • kumpulan minuman spt susu skim berkalsium tinggi,teh hijau dan air putih
Okey. Itu sebahagian kecil yang saya nak share. So, pepandai ler ek. Fikir-fikirkan dan selamat beramal...


Wassalam.


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 
AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, 30 November 2014

MAKAN TAK KENYANG, TIDUR TAK LENA





Assalamualaikum...

Hari ni 30/11/14...hari penuh debaran untuk para SID. Hari closing...segala macam perasaan timbul. Tak senang duduk dibuatnya. Seyes...serba-serbi tak kena dibuatnya...makan tak kenyang...malah takde rasa macam nak makan pun...huhuhu..Haru seh!!

So, hari ni takmo buat yang serious sangat. Nak santai-santai jer. Nak hilangkan rasa gemuruh uolls. Harap-harap korg pun senyum wp tak dapat nak gelak besar...

ISTERI YANG PEKAK

Seorang lelaki menemui doktor kerana risaukan isterinya yang tidak boleh mendengar dengan baik seperti dulu. Dia merasakan si isteri mungkin memerlukan alat bantuan pendengaran. 
Doktor mengesyorkan untuk mencuba satu ujian bagi mengesahkan jika si isteri benar-benar mempunyai masalah pendengaran.

"Awak buat macam ni. Berdiri dengan jarak 40 kaki di belakang isteri, dan tanyakan soalan dengan nada biasa, Tengok dia boleh dengar atau tidak. Kalau dia tak dengar, awak dekatkan lagi jarak, 30 kaki, 20 kaki dan seterusnya. Sampai awak dapat respons daripada isteri,"terang doktor panjang lebar.

Petang itu si suami memulakan "misi" untuk menguji. Isterinya sedang sibuk memasak di dapur. Lalu dari jarak 40 kaki, dia bertanya kepada isterinya. "Sayang, malam ni sayang masak apa?"
Tiada respons. Dia berjalan lebih dekat kepada isterinya. Pada jarak 30 kaki, dia bertanyakan soalan yang sama. Masih tiada jawapan.

Dia semakin yakin isterinya ada masalah pendengaran. Dia dekatkan lagi jaraknya. Pada jarak 20 kaki, sekali lagi dia bertanya, "Sayang, masak apa?" pun tiada jawapan. Di jarak 10 kaki di belakang isterinya, dia bertanyakan soalan yang sama lagi. Senyap. Sepi tanpa jawapan.

Akhirnya, si suami datang betul-betul di belakang isterinya sebelum bertanyakan soalan yang sama buat kali kelima. "Sayang, malam ni masak apa?" "Abang! Dah 5 kali saya jawab. Ayam masak lemak cili api!"

**********************
hihihi...
Korang ok tak?? Mampu tergelak?? Kalau boleh, baguslah. 
Jangan tensi-tensi ok. Keep on smiling yer.
HAPPY CLOSING.

Wassalam.

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
 
AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, 29 November 2014

Happy birthday my little boy Izzul Faiz Nazmi



Hari ini 29/11/2014 genap Nazmi berumur 2 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Macam tak percaya jer. So, teringin nak meraikan baby nan seorg ni. Tak buat besar-besaran pun. Buat secara kecil kecilan jer.Ajak budak-budak jer. Sebab biasa dorg yang memeriahkan suasana.By the way meriah jugak la dengan suara budak budak ni.Comel - comel ajer semua.Oder pizza 5 kotak.2 extra large and 3 large.Fuhh makan pizza sampai pengsan.Muak terus makan pizza.Kek pulak oder dari Dapur Kak Zu. Slalunyer birthday anak oder kat kak zu lah.Sedap; malah ramai yang menggemarinya. Selain tu saya ada jugak buat agar - agar roti marble.Sedap!!!! Dari orang tua sampai ke budak semua sporting belaka.Cayalah! Walaupun sikit jerr orang tapi.....meriahnye  rasa macam ada 10 buah keluarga yang datang.

chocolate moist with ganache

5 kotak Domino's pizza pelbagai rasa

Birthday boy yg berbaju biru

Antara yang memeriahkan majlis

Tak sabar nk tiup lilin

say peace..


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor

AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 28 November 2014

JOM MAIN MASAK-MASAK~#4 Agar -Agar Roti Marble

 ok hye assalammualaikum semua.Semua sihat??Okey harini saya nak kongsi macam mana nak buat Agar -Agar Roti Marble. Nak tahu Tak ???Kalau nak cerr baca entri kali ni.

Agar-agar roti marble 

 Apa yang diperlukan 


6 keping roti ]
1 tin susu cair] 
6 sb susu manis ]BLENDER 
4 sb gula pasir]
2 biji telur]
1/2 st esen vanila ]
 1 bungkus kecil agar agar tali 
5 cawan air 
5 jenis  pewarna 
3 sb milo 

CARA -CARANYA 


-masak agar2 hingga larut 

-blender bhn bertanda hingga hancur 

-masuk dalam periuk agar2 & masak hingga mendidih

-matikan api & asing dalam 4 mangkuk berasingan 

-warnakan ikut suka 

-selang seli warna dalam loyang 

-sejukkan dalam peti ais sebelum dimakan 




I'm Your SHAKLEE Independant Distributor AZLIN BINTI JAAFAR ID No. 947971 SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, 27 November 2014

PETUA DARI DAPUR



Assalamualaikum..

Hari ni sekali lagi kita baca petua orang-orang lama yang masih relevan untuk digunapakai sekarang. Bahan-bahan terdiri dari barang yang boleh didapati dari ruang dapur sendiri. Jom kita rikki...

Asam Keping Lembutkan Daging 

Bagi memastikan hidangan daging tidak liat, lebih empuk dan lembut, masukkan beberapa asam keping ke dalam air rebusan daging. Biarkan sehingga kering dan perap semalaman. Kemudian, masak mengikut selera anda.





Hilangkan Kesan Kotoran pada papan Pemotong


Bagi membersihkan papan pemotong, perahkan  sebiji limau nipis bersama garam di atas permukaan papan pemotong. Biarkan selama 10 minit -15 minit. Kemudian, bilas dengan air dan sental dengan dawai pencuci. Papan pemotong kembali bersih dan segala kotoran hilang.



Daging Kambing Tidak Hamis Lagi 


Atasi masaalah bau hamis daging kambing dengan mengambil beberapa pucuk daun jambu .Ramas bersama -sama daging dan tos.Kemudian,basuh daging menggunakan air bersih .Untuk lebih berkesan ,perapkan daging kambing bersama halia dan beberapa ulas bawang bawang putih yang telah ditumbuk .




Kurang Lendir Bendi 


Rebus bendi di dalam air mendidih tanpa memotong bendi terlebih dahulu . Apabila Bendi menjadi  lembut ,keluarkan bendi dari air rebusan  dan tos seketika. Panaskan kuali dan tumiskan bahan masakkan. Akhir sekali masukkan bendi 




I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971
 SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
 Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 26 November 2014

TIPS MENGATASI MASALAH ANGIN


Semalam dah share pasal kebaikan Peppermint Ginger Plus Shaklee, hari ni nak share pulak herba-herba yang terdapat dalamnya. Herba-herba ini juga mempunyai khasiat yang tersendiri yang baik untuk kita semua. Jom rikki..

4 herba yang terdapat dalam Peppermint Ginger Plus Shaklee dan khasiatnya :)

Herba #1 : Daun Pudina

peppermint shaklee

  • Membantu dalam proses penghadaman
  • Membantu mengurangkan loya ibu hamil atau morning sickness
  • Untuk pesakit gastrik ianya membantu mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit
  • Membantu mengurangkan kesan sampingan daripada kemoterapi (pesakit kebiasaannya akan muntah dan hilang selera makan)
  • Merangsang pengeluaran peluh agar badan lebih cerdas
  • Membantu menajamkan pemikiran untuk lebih fokus


Herba #2 : Halia

ginger shaklee

  • Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
  • Melegakan ketidakselesaan perut / sakit perut
  • Mengurangkan senggugut
  • Membantu mengurangkan loya ibu hamil atau morning sickness 



Herba #3 : Fennal (Pokok Adas)

    pokok adas
  • Membantu menghilang kembung perut
  • Melegakan kesakitan perut
  • Membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus





Herba #4 Anise 

cekur manis


  • Melegakan masalah pencernaan
  • Mengurangkan senggugut
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan
  • Bagus untuk peredaran tenaga di dalam badan



Bila baca mengenai herba-herba ni, mesti korang kenal setiap satunya kan? Malah, ia sentiasa ada di ruang dapur rumah kita. Siapa sangka kan?? Mari kita baca lak testimoni-testimoni mereka yang mengamalkan  Peppermint Ginger Plus Shaklee.


masalah gastrik selesai



sakit pinggang akibat angin hilang



atasi morning sickness dgn G/peppermint

Mereka di atas adalah yang berpuashati dengan Peppermint Ginger Plus. Jika anda berminat, sila hubungi..

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
 
AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 25 November 2014

Cara mengatasi masalah loya, sebu perut dan angin dalam badan


Ramai ibu hamil menghadapi masalah loya, sebu perut dan muntah-muntah. Itu memang normal pada awal-awal trimester tapi memang kadang-kadang boleh surrender jugak dek penat berkejar ke tandas. Bila muntah, rasa nak putus segala urat perut. Dek masalah ini semualah, ibu hamil mula takut nak makan dan membawa kepada masalah angin. Bila dah berangin ni, minyak panas confirm lah tak boleh sapu kat perut kan?? So, macam mana nak atasi masalah angin dan loya ini?? Alhamdulillah Shaklee ada supplement yang membantu mengurangkan masalah ni iaitu Peppermint Ginger Plus Shaklee

Apa itu Peppermint Ginger Plus Shaklee?

Peppermint Ginger Plus Shaklee dihasilkan daripada gabungan halia, cekur manis, daun pudina dan daun adas.  Jom kita baca sikit apa 

Fungsi Peppermint Ginger Plus

  1. melegakan otot perut
  2. berfungsi sebagai penenang kepada perut sebu
  3. membantu masalah penghadaman
  4. mengurangkan masalah mabuk laut/darat
  5. melegakan ketidakselesaan perut akibat salah makan
  6. menghalang muntah selepas pembedahan
  7. melegakan sakit perut dan gejala flu
  8. melegakan masalah pencernaan
  9. memberikan peredaran tenaga kepada badan dalam badan dan perut.
  10. menghilangkan masalah kembung perut

Berita baik untuk Ibu Hamil: kini masalah morning sickness boleh dikurangkan/diatasi dengan Peppermint Ginger Plus

Nak dapatkan Peppermint Ginger Plus anda, boleh hubungi 

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR ID 
No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, 24 November 2014

PENAWAR DARI DAPUR ANDA


Assalamualaikum.

Hari ni saya nak share sikit penawar-penawar penyakit yang boleh kita dapati dari dapur. Barang-barang ini biasanya memang ada di dapur-dapur kita. Cuma, mungkin kita tak tau kegunaan/kelebihan yang boleh kita dapati dari nya selain sebagai penyedap dalam masakan. Khasiatnya bukan calang-calang juga. Lepas dah tau ni, bolehlah kita amalkan selalu memakannya kan...


BAWANG PUTIH KURANGKAN KOLESTROL


  • Bawang putih (Allium sativum) adalah herba semusim berumpun yang mempunyai ketinggian sekitar 60cm. Lebih dari 12 kajian telah menunjukkan bawang putih mampu menurunkan kolestrol dalam badan. Salah satu kajian dari terbitan The Journal of The Royal College of Physicians oleh Silagy CS dan Neil HAW pada tahun 1994 turut membuktikan bawang putih merupakan agen untuk mengurangkan lemak. Suplement bawang putih merupakan bahagian terpenting dalam penyembuhan kolestrol tinggi. Menurut kajian tersebut juga, secara keseluruhan sebanyak 12% penurunan kolestrol dapat dikurangkan dalam tubuh manusia.

KUNYIT AGEN ANTIBAKTERIA

  • Tahukah anda, di Asia Selatan kunyit digunakan sebagai antiseptik untuk luka? Ia juga digunakan sebagai agen antibakteria. Di beberapa negara Asia, kunyit turut diambil sebagai supplement makanan yang dipercayai dapat membantu melegakan masalah perut dan penyakit lain. Masyarakat di Pakistan pula menggunakannya sebagai agen antiinflamasi dan ubat untuk ketidakselesaan pencernaan berkaitan dengan sindrom kerengsaan usus dan gangguan pencernaan lain. 


PEGAGA LEGAKAN TEKANAN

  • Centella asiatica/hydocotyle asiatica/hydocotyle asiatica atau lebih dikenali dengan nama PEGAGA merupakan antara ulaman yang cukup popular dikalangan penggemar ulam.Dahulu kala, pokok pegaga ini dimakan oleh penduduk India dengan tujuan untuk memanjangkan umur. Ini kerana, menurut kajian pegaga mampu ,emgembalikan kesihatan diri dan dapat membantu mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan selain meningkatkan tindak balas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Selain itu, pegaga juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk dan melambatkan proses penuaan.


SOS TOMATO DAN KANSER 

  • Jom sekali-sekali kita ubah selera dari sos cili kepada sos tomato pula. Mungkin anda tidak sedar sos tomato sebenarnya mempunyai ramuan berkhasiat yang dipanggil likopen. Likopen berfungsi sebagai antioksidan yang kuat hingga mampu mengurangkan risiko kanser prostat, esophageal dan kanser payudara. Selain tomato, likopen juga boleh ditemui dalam buah betik, jambu batu merah dan anggur merah.

Betulkan?? Semua bahan ni sentiasa ada di dalam dapur kita. So, lepas ni bolehlah sentiasa amalkan memakan sumber makanan di atas. Sekurang-kurangnya kita dapat mengelak dari mudah diserang sebarang penyakit. Kan MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI?? 

Wallhualam...

Sumber: iSIHAT




I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, 23 November 2014

SEKITAR AFFIN BANK CENTRAL REGION ANNUAL DINNER 2014


Assalamualaikum..

Hari ni nak bercerita perihal peristiwa yang berlaku semalam iaitu Annual Dinner 2014 Affin Bank Berhad yang berlangsung di Sunway Piramid Convention Centre. Tema untuk tahun ni adalah Movies and Musicals. Sporting juga staf-staf Affin ni. Ramai juga yang datang mengikut tema yang diberi. Walaupun ada yang hadir tidak mengikut tema, tp dorg tetap melaram habiss.


Banner yang sambut kami

Pengacara malam ni adalah Zainal Alam. Mulut Zainal ni memang tak reti berhenti bercakap. Memanjang pot pet..pot pet. Sesuai ler dia dipanggil menjadi pengacara majlis.

Selepas kehadiran Vvip, majlis dimulakan dengan persembahan oleh staf-staf Affin sendiri. Ada yang menyanyi, menari dan membuat sketsa. Serentak dengan itu, setiap meja dihidangkan dengan makanan2 yang enak. Selain dari itu, acara cabutan bertuah juga dimulakan.


Tema malam ini

Di awal kehadiran, rupanya ada mata-mata gelap berlegar di luar kawasan convention centre. Tugas mereka ialah memerhati dan mencari calon-calon BEST DRESSED untuk lelaki dan perempuan. 

Ada kriteria yang disediakan antaranya effort, creativity etc.



2 gambar di atas adalah sebahagian rakan-rakan pejabat yang hadir. Walau lelaki, tetap sporting nak ikut tema. Macam tu barulah CHILL!!

Acara kemuncak adalah cabutan bertuah bagi 3 orang yang BERTUAH!! Untuk tempat ke-3 hadiah berupa sebuah telefon bimbit Iphone 6+ berserta voucher BHP bernilai RM500. Tempat ke-2 dan pertama ialah voucher percutian yang masing-masing bernilai RM5000 dan RM10,000.

Amy Search~performance artist

Tepat jam 11 malam, dif-dif terhormat mula beredar, artis undangan mula menonjolkan diri mereka. Artis jemputan kali ini ialah...Pheew wit....Amy Search. Pada ketika ini, staf-staf dah mula ke depan. Amy memulakan persembahan dengan lagu "Tiada Lagi". Sambutan daripada staf memang best. Nyanyi sama-sama....Masa lagu Isabella...fuhh...memang meremang bulu roma dengar suara Amy secara live..

Amy punya performance selama 1 jam berakhir jam 12 tgh malam. Habis jer nyanyian Amy tu, maka berakhirlah juga Annual Dinner Affin Bank. So, masing-masing mula bersurai. Ada yang mengambil kesempatan bergambar dengan kawan-kawan sebelum pulang ke rumah masing-masing.


p/s: korang nak tau, yg jadi Queen Amidala tu aku ler. Tak sangka lak leh dapat Best Dressed Female...kikiki.. Alhamdulillah...Rezeki dari Allah...Syukur..


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor

AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
 SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, 22 November 2014

Jom main masak-masak~#3 PUDING COCKTAIL favorite si anak

Assalamualaikum...

Selamat pagi...selamat berhujung minggu..
Sabtu; hari main masak-masak. Agak-agak hari ni kita nak masak apa ek??
Cuti sekolah dah bermula...anak-anak akan melekat kat rumah jer, Kena pulak hari ni nak tinggalkan dorg sebab nak gi Affin Bank Annual Dinner 2014...
So, kena buat something yang leh simpan dalam fridge. Lapar, leh amik...dan ulang lagi..hehehehe
Fikir punya fikir, tgk bahan kat dapur...rasa macam nak buat PUDING COCKTAIL
Jomss...Let's start!!

puding koktel berkuah
puding cocktail berkuah

PUDING COCKTAIL BERKUAH

Bahan-bahan:

2 biji telur
2 senduk gula
1 sudu esen vanila
1 tin susu cair
1 tin air
1 1/2 sudu besar tepung kastard (bancuh dgn air)
bahan-bahan


Cara-cara:

Pecahkan telur dalam periuk, masukkan gula dan kacau. 
Masukkan susu cair, air, esen vanila, kastard. Kacau lagi sehingga sebati.
Kemudian, masak di atas api kecil. Perlu sentiasa dikacau untuk elakkan telur berketul2.
Agak2 dah pekat, masukkan setin cocktail. Kacau lagi sehingga masak @ pekat ikut selera masing2.
Sejukkan sebentar. Pastu baru masukkan dalam fridge.
Tadaa...siap..


Dah siap, tp tggu sejuk dulu


*Sedap dimakan dah sejuk....
 Dapat kat Najihah ni, kompom 4 mangkuk sekali hadap jer... 

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit