Monday 16 June 2014

Rambut Gugur??? Tidakkkk....

Siapa punya rambut yang bersepah-sepah ni?? Atas lantai ada, kat bantal pun ada. Jangan citer arr kat dalam bilik air. Merata-rata tempat duduknya. Rambut semakin menipis...Kalau di sentuh kepala tu, boleh rasalah kulit kepala...huhuhu 
Botakkah aku???


Takutkan dengan kenyataan itu. Nak kena gi buat treatment kat Yun Nam Hair Solutions ker??? OMG!!! Tak mampu weh. Ingat murah2 ke??? Harga ribu-riban. Ramai dah yg terkena uolls... 

Masalah rambut gugur bukan saja dialami oleh para wanita tetapi juga dialami oleh kaum lelaki. Kalau kita ni pompuan boleh jgk cover dgn tudung, kalau lelaki nk pakai apa??? Songkok? Kopiah? Helmet?? Yang dah biasa bersongkok or berkopiah mungkin tak janggal...Yang tak biasa?? Tapi jgn pakai helmet masuk kedai tau....nanti disangkanya penyamun...haru...

**********************************************************************************

Faktor-faktor yang menyebabkan RAMBUT GUGUR

PERUBAHAN HORMON

Perubahan hormon akibat dari mengandung, melahirkan anak, permulaan menopous boleh menyebabkan keguguran rambut yang bersifat sementara. Walau bagaimanapun, akibat dari stress yg melampau, androgen boleh dihasilkan dengan aktif dan menyebabkan masalah keguguran rambut yg teruk kpd seseorang wanita itu.

FAKTOR GENETIK

Genetik dari kedua-dua ibu bapa lelaki dan perempuan,  juga boleh mempengaruhi kecenderungan seseorang untuk corak kebotakan lelaki mahupun perempuan.

PENGGUNAAN PRODUK

Kekerapan menukar produk rambut boleh juga menjadi penyebab kepada rambut gugur. Selain itu sering menukar warna rambut, menukar stail rambut seperti meluruskan dan mengerintingkan rambut membuatkan akar rambut menjadi rapuh dan mudah putus.

PENYAKIT & UBAT-UBATAN

Penyakit-penyakit seperti tiroid, lupus, kencing manis, kekurangan zat besi dan anemia boleh menyebabkan kehilangan rambut. selain dari itu, penggunaan ubat-ubatan ketika rawatan kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser, pencair darah, penghalang beta-adrenergic digunakan untuk mengawal tekanan darah, dan pil kawalan kelahiran, boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara.

KEKURANGAN VITAMIN/DIET

Pemakanan yang seimbang sangatlah penting untuk kesuburan rambut. Rambut di dalam keadaan sempurna sekiranya anda mengamalkan makanan berkhasiat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan berprotein tinggi seperti yogurt, daging, ikan dan tauhu. Diet rendah protein atau kekurangan beberapa vitamin seperti A, B, C dan E serta Zinc juga boleh menyebabkan keguguran rambut.


**********************************************************************************

Rambut ni mahkota buat kita tak kira lah lelaki mahupun perempuan. Penjagaan perlu dilakukan secara dalaman mahupun luaran. Kepada yang berkemampuan bolehlah buat treatment kat salun-salun rambut. Selain itu, boleh juga kita guna petua-petua orang dolu2...

Okeh. Lain kali kita sambung pulak cerita petua orang dolu2 cara menjaga rambut yer. Sampai berjumpa lagi dilain siaran...(mcm dlm tv pulok..kehkehkeh)


C ya!! Assalamulaikum...


 ~>Hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke no 0123769117 atau 
~~>Email ke lindegreat@hotmail.com untuk maklumat lanjut.


******these statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intend to diagnose, treat, cure or prevent any disease******

0 comments:

Post a Comment