Tuesday 12 November 2013

Mengapa kita perlukan suplemen??

7 SEBAB MENGAPA BADAN KITA PERLUKAN SUPLEMEN

1. Dalam sesetangah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperoleh daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti-penuaan.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh menggangu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafien,lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang disarankan.

6. Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.

7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin. Maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.

0 comments:

Post a Comment