Ingat lagi dengan GEMUK IS AWESOME??
Korg tau tak yang gemuk ni pun ada pelbagai jenis tau!!
Yang common adalah GEMUK AIR, GEMUK ANGIN & GEMUK DAGING.
Nak tau kita ni dalam kategori gemuk yang mana, ada cara jugak nk check nyer. Senang sangat uolls..Macam mana??
1) Cuba korg lompat-lompat. Kalau terasa dan kelihatan lemak-lemak tu melompat sama; maknanya gemuk air lah tu.
2) Atau, cuba cubit kat bahagian lengan ke.... kalau mudah sangat nk mencubitnya tu; tu pun gemuk air juga tu.
3) Kalau cubit tapi susah nak dapat mencubit; tu tandanya gemuk daging tau!!
4) Tapi, kalau baru picit sikit jer kat lengan, asyik sendawa jer pulak...itu tandanya gemuk angin yer!!
Okey, tu nak check kita ni gemuk apa. Skrg, kita baca lak pasal ciri-ciri gemuk ni ek!!
GEMUK AIR ( paling cepat turun berat badan)
- Badan menggelember dan lembik kerana air yang tak diperlukan (toksin) berlebihan
- Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
- Bahu agak jatuh apabila berdiri
- Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh
- Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak.
KELEBIHAN & KEKURANGAN :
Gemuk air paling mudah kurus. Dengan sedikit bantuan aktiviti senaman 3
kali seminggu dan diet pemakanan yg seimbang anda mampu turun lebih
banyak dari mereka yg mengalami masalah gemuk daging & angin. Namun,
apabila anda kurus rata-rata akan mengalami masalah lebih daging yang
ketara. Senaman memejalkan bahagian badan sangat penting untuk membentuk
badan lebih firm selain pengambilan makanan yg tinggi protein
GEMUK ANGIN
- Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut
- Mudah kena sakit kepala/migrain/loya tekak/sebu perut
KELEBIHAN & KEKURANGAN :
Gemuk angin adalah seperti gemuk air. Mudah untuk kurus. Tetapi
perutnya sangat sensitif dan kena berhati-hati memilih makanan. Badan
jenis gemuk angin cenderung sembab tetapi lampung bila dipicit. Apabila
kurus, badan kelihatan kecut. Pengambilan makanan tinggi protein bagus
untuk membina otot semula
GEMUK DAGING (kena diet dan exexrsice)
- Kebanyakan yang mempunyai gemuk daging ni kurang makan sayur atau buah-buahan
- Berangka besar dan suka makanan berkarbohidrat tinggi
- Kulit tebal dan badan agak berat dan pejal (susah nak cubit lengan kerana tebal)
- Cepat letih dan penurunan jenis gemuk ini adalah yang paling lambat sekali berbanding jenis gemuk yang lain kerana lemak di dalam tubuh sudah menjadi tepu dan bersebati bersama daging
- Ramai golongan ini adalah daripada yang sejak kecil bertubuh badan agak 'sihat/besar' dan ia mengambil masa yang agak lama untuk dibuang
KELEBIHAN & KEKURANGAN : Gemuk daging jenis
gemuk ini agak susah nak turunkan berat badan dan mengambil masa yg
lama nak capai berat badan ideal. Tetapi jgn bimbang, biar lambat
asalkan selamat. Kelebihanya ialah, apabila kurus badan anda tidak
mengalami lebihan daging yg terlalu ketara.
Bila dah tau badan kita ni jenis gemuk apa, senang le sikit nak mengatur strategi untuk turunkan berat badan...yea tak??
Nak dapatkan berat badan yang ideal sebenarnya boleh diperolehi dengan mudah. Hanya dengan menjaga pengambilan makanan harian kita, senaman dan pengambilan supplement dapat membantu penurunan berat badan dengan berkesan.
*******************************
Haa...dah tau dah termasuk dalam gemuk yang mana?? Nanti kita kongsi sama-sama teknik dan cara exersice yang betul untuk bagi membentuk tubuh yang mantap yer. Sampai berjumpa lagi.
Salam sayang, salam hormat dari Kak Lyn di sini...
Baru tahu gemuk pun ada jenis- jenis nya juga. Info menarik untuk mereka yang tengah plan nak kurus;)
ReplyDeleteYup. Kita memang perlu tahu badan kita ni gemuk yang macam mana. Nanti senang sikit nak plan macam mana nak buat dan cara yang sesuai..
DeleteBanyak juga kategori gemuk rupanya...selama ini infatkan semuanya sama sahaja.
ReplyDeleteHaah...tak sama. Cara pengendalian juga agak berbeza. Sebab tu ada yang mudah kurus dan ada yang lambat kadar penurunannya walaupun menggunakan teknik yang sama.
Delete