Tuesday 21 April 2015

Hanya dengan 30 minit, untuk mendapatkan perut yang MANTAP


perut boroi

Assalamualaikum...

OMG!!! Seluar dah tak lepas nak butang!!!
Alamak!!Zip pun payah nie...
Arghh!!!Tensi nya...nak tunduk pun tak boleh...

Anda mengalami masalah di atas??? Bila tengok dicermin nampak bonggol bertingkek-tingkek?? Buruk bukan?? Nak tahu cara untuk menghilangkan spare-tyre tu?? Mudah sangat. Buat kat rumah sambil tengok tv pun boleh. Sambil layan anak-anak bermain pun boleh. Malah tak ambil masa yg lama pun. Hanya 30 minit...Tak percaya???

Pernah anda dengar SENAMAN PLANK? Senaman plank adalah senaman keseimbangan tubuh yang dilakukan di atas sekeping papan sebagai alas. Tapi sekarang ni kita dah ada tikar senaman yg jauh lebih lembut. So, kalau jatuh takde ler sakit sangat kan...

Basic senaman plank

 Tahukah anda Senaman Plank ini sesuai utk kaum wanita?


#1- membantu mempercepatkan proses menguruskan badan dan menegangkan otot-otot bahagian abdomen

#2- memperbaiki struktur badan

#3- membantu membentuk posture tubuh yang menarik

#4- mengempiskan perut dan bahagian abdomen

#5- senaman ini boleh dilakukan di mana-mana. Dalam rumah sambil tengok tv pun boleh

#6- tidak mengambil masa yang panjang

#7- boleh dilakukan pelbagai teknik mengikut kreativiti dan kemampuan diri-sendiri




Korg teringin nak mulakan senaman plank, lakukan mengikut kemampuan sendiri. Di sarankan sebagai permulaan, korg melakukan setiap teknik selama 30 saat hingga 1 minit. Setelah biasa, boleh menambah masa lebih lama untuk memberi impak yang lebih kepada bahagian perut dan abdomen.


Selain itu, korg perlu memastikan teknik pernafasan yang betul jugak. Sebab ia juga memainkan peranan dalam memastikan senaman plank ini berjaya dan memberi kesan terbaik. 

Dan 1 lagi, untuk menghasilkan keputusan yang optimum dan mempercepatkan proses inch loss, jangan sesekali lupakan magic powder dan juga teamix untuk meningkatkan metabolisma. Penting tau tingkatkan metabolisma ni dalam usaha mebuang lemak-lemak tepu!! 
Secara purata, kita boleh membakar sebanyak 110 kalori dengan melakukan senaman plank selama 30 minit.


TEKNIK-TEKNIK BASIC SENAMAN PLANK



 


 Agak-agak dah stabil...otot tangan dah kuat untuk tampung berat badan tu, try lah plak buat 30 hari Plank Challenge seperti di bawah ni. Selepas 30 hari, kompom stomach muscle dah muncul. Tak dapat 6 ketul pun, yang penting takde lah seketul yang menggelebeh...ye tak?? hehehe








Selamat mencuba sayang-sayang semua. Satu lagi TIPS saya lupa nak share. Senaman ni atau apa saja cara yang korg nak buat, mesti berterusan...jangan give-up...tekun...sabar... 
Pasti nanti akan membuahkan hasil. PERCAYALAH!!


Sampai bersua lagi...Assalamualaikum..

Thursday 9 April 2015

Asam Tempoyak Ikan Patin Kegemaran Keluarga

Asam Tempoyak Ikan Patin


Assalamualaikum...

Tengok jer tau...terliur??/ Memang best!!! Pekat, melekat...perghh...(hahaha...masuk bakul nampaknya)
Itu adalah lauk malam tadi. Tak sempat nak upload. Lepas makan; kekenyangan... 

Asam Tempoyak Ikan Patin adalah kegemaran kami sekeluarga especially anak yang sulung. Suka yang amat. Masa masak semalam, baunya semerbak memenuhi ruang rumah. Memang cepat laparnya. Tak sabar-sabar masing-masing nak makan. Walaupun agak pedas, si kecik Nazmi (2thn 4bln) hirup jugak kuah tu tau...boleh tahan jugak si kecik ni...

Meh nak share sikit resepi ni.

Asam Tempoyak Ikan Patin


Seekor ikan patin (dipotong & dibersihkan)
Tempoyak (agak2 ler nk pekat mcm mana)
Cili padi (suka hati ler nk pedas mcm mana)
Kunyit hidup (1 1/2 inci)
Bawang merah (10 biji)
Asam keping (2-3 keping)
Daun kesum (sikit jer)
Garam secukup rasa.

Cara-cara:

1. Cili api, kunyit, bawang ditumbuk sehingga hancur
2. Kemudian masukkan dalam periuk bersama asam keping
3. Masukkan tempoyak. Kacau dan sukat sendiri tahap kepekatan yang anda suka
4. Agak-agak nak menggelegak, masukkan ikan.
5. Tunggu hingga menggelegak sikit dan masukkan daun kesum.
6. Hampir siap; masukkan garam dan rasa.
7. Pastikan masin, masam dia cukup mengikut selera sendiri.

Dah siap...daa...

Selamat mencuba.

Wednesday 8 April 2015

Apa itu DIET??






Alhamdulillah...Rezeki dari Allah. Hari ni makan tengah hari ditaja...cheewah..ada orang belanja laa. Menu pilihan adalah NASI AYAM KAMPUNG dari KAMPUNG BARU. Perghh...memang best!! Finger linkin' good uolss...yummylious...

Bila dah orang nak belanja tu, tak boleh nak tolak ler kan. Mak pun selalu pesan..."Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari" (alasan ler tu nk makan byk2..hehehe). Kuantiti nasi boleh tahan banyaknya (kompom abis punye..), ayam kampung goreng (quarter), sambal bilis, sayur taugeh, sambal belacan dan ada kuah kari. Macam ni punya gaya melantak; macam mana nak kurus agak-agaknya?? Terbarai diet gua beb!!

Sebut-sebut pasal diet ni, apa diet tu?? Orang kita ni kalau sebut diet maksudnya "tak makan". Conversation biasa yang kita dengar...

Si A : B, ko tak keluar lunch ke?
Si B : Takpe lah. Ko keluar dulu. Aku diet ni.

Lorr...memang itu ker maksud diet??? Oh no...no...no..salah tu dek non oii!!


APA MAKSUD DIET??


 
Maksud diet yang sebenarnya adalah sesuatu pilihan makanan, yang dipilih atau ditentukan khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seseorang atau untuk menghalang atau merawat penyakit; contoh diet rendah gula untuk mencegah atau mengawal penyakit diabetes.

Dalam erti kata lain, diet ni mengikut pola makan yang betul. Cukup segala zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Ada protein, karbohidrat, lemak, vitamin dll.

Kalau kita ni jenis yang kuat makan, kita harus bijak dalam menangani nafsu makan kita. Al-maklumlah...selama ni selamba jer makan selagi mampu. Bila umur meningkat, metabolisma dah kurang, mulalah cepat naiknya berat badan kan. So, untuk mengatasinya kenalah cari tips-tips dalam menangani nafsu makan tu...

Jadi lepas ni dah takmo dengar lagi "Aku takmo makan. Aku diet ni." Nak diet, mesti makan. Malah makannya lebih kerap tp dalam kuantiti yang sikit. Btw, bukan kunyah junk food tau!!



Salam sayang..



Tuesday 7 April 2015

Kurus tak bererti sihat. Tapi benarkah Gemuk itu Awesome???

 

Assalamualaikum...


Gemuk itu awesome...perghh trending betul kan?? Gara-gara statement yang keluar dari mulut Abam Bocey setelah menang anugerah di ABPBH, Kategori Artis Komedi Lelaki Popular malam Ahad lalu. Rata-rata orang ramai mula menggunakan statement itu.


Jangan dipertikai statement Abam itu. Mungkin dia mempunyai pendapatnya sendiri. Mungkin juga dia nak bagitau dunia orang gemuk juga sudah mendapat tempat di hati peminat. Bukan yang kurus, kacak & sado je boleh menang anugerah. Yang comel, chubby & montel pun dipandang orang sekarang. Yang penting bakat...kan..kan..kan..

Hari ini, pakar kecergasan dan kesihatan Kevin Zahri pula mengeluarkan pendapat peribadinya berkenaan Gemuk itu awesome itu. Secara ringkasnya Kevin teringatkan Allahyarham Bob Kuman yang terkenal dengan lawak dan kegemukan dan akhirnya terdedah kepada masalah kesihatan. Dengan keadaan persekitaran, pemakanan, kerja-kerja harian yang serba mencabar pelbagai masalah akan muncul dan sementelah dengan berat badan yang membataskan pergerakkan, pelbagai masalah akan timbul kelak. Dari itu, Kevin Zahri mempelawa sesiapa yang ada masalah kegemukkan dan kesihatan dan ingin mengubah cara hidup mereka, Kevin Zahri dan team sedia membantu. So; ada yang berminat?? Tapi....ada syaratnya tau... Syaratnya adalah KITA sendiri yang ingin berubah. Bukan sebab orang lain suruh. Ia mesti datang dari dalam diri kita sendiri. Ingat tu. TIADA PAKSAAN ok!!

Macam-macam kan. Gemuk memang mudah terdedah kepada masalah kesihatan tapi tak bermakna orang kurus itu sihat. Dunia sekarang kita terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Tak kira umur, muda atau tua. Sesiapa sahaja boleh terkena. Paling mudah, kita cuba amalkan cara hidup sihat....abis cerita.


Jom kita tengok sikit RISIKO PENYAKIT yang mudah dihidapi bila kita gemuk (obesiti)




 Bahaya jugakan!!
 Yang kat atas tu risiko penyakit Meh kita baca pula:-


MASALAH-MASALAH yang perlu dihadapi  


Senang dapat penyakit - Tak kata ler orang kurus sihat memanjang kan...Ada gak yang berpenyakit. Tapi kalau cerita risiko, memang yang gemuk ni lah yang senang dapat penyakitnya....lebih-lebih lagi yang 3 serangkai tu...Jantung, kencing manis & darah tinggi... Nauzubillah...

Susah Solat - lebih-lebih lagi masa nak bangun berdiri selepas duduk...pergh...berat sungguh !!

Susah cari seluar dan baju - Yang ni memang tak tipu. Susahnya nak cari seluar jeans...huwaaa. Baju kira ok lg tau...kat plus size banyak. Tang seluar...mmg nanges!!

Susah naik public transport - Saya ni memang turun naik tangga pergi kerja. Naik monorel-LRT-komuter. Memang sangat mencabar bila dari jauh ternampak train dah sampai dan kita kat hujung tangga. Termengah-mengah berlari uolls. Tertinggal nanti kena tunggu lama la pulak kan...fuhh..

Tiada keyakinan diri - Betul lah kot. Segan jer kalau orang suruh bercakap di depan khalayak ramai. Kalau bergambar pun dok menyorok belakang orang. Pakai baju pun kaler malap jer...cover saiz ler tuu...
 
Susah Dapat Anak -  Yang ni based on doctor nyer statement arr. Pengalaman mengenai ni takde lah pulak. Tapi, rata-rata pasangan yang lambat sikit dpt anak dan badan besar sikit, doctor sering nasihatkan suruh turunkan berat badan. Betul tak???


Cepat Penat - SEMPUT!! Itu perkataan paling senang...buat keje sikit, terjelir lidah dibuatnya. Togok air macam dan berminggu tak jumpa air...kesian... :(


Tidak Menarik - Bukan ler kata tak cantik kan...tapi sifat manusia ni mmg macam tu...fitrahnya suka yang kurus, selim-melim. Maklumlah, pakai kebaya tp nampak "spare tyre". Memang ler nak menarik kan???


Ho..ho..ho...Tepuk dada tanya diri. Yang mana satukah pilihan hati?? Hidup ni sentiasa ada pilihan. Kenyataan "saya takde pilihan" tu sebenarnya tak wujud. Kita je yang selalu menyalah-gunakan ayat tu. Kita kata "takde pilihan" sebab kita nak melepaskan diri kita dari dipersalahkan. So; fikir-fikirkanlah... 

Salam sayang..



* kredit to: Profhariz